Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Bekas peguam tipu pengarah firma $13,400 untuk ‘khidmat guaman’

Mar 20, 2024 | 02:52 PM



Seorang pengarah firma binaan menyerahkan $13,400 kepada seorang bekas peguam untuk khidmat guaman, tanpa menyedari lelaki itu telah diharamkan daripada menyediakan perkhidmatan sedemikian.

Leong Wai Nam, 56 tahun, yang telah dibatalkan daripada senarai peguam pada 2011, menerima wang berkenaan selepas memberitahu pengarah berusia 59 tahun itu dia akan membantunya dalam saman sivil terhadap firma lain, dikenali sebagai Hao Tai Construction.

Pihak pendakwaan berkata Leong akan berkomunikasi dengan mangsa melalui WhatsApp dan mendakwa dia sedang melakukan ‘kerja guaman’ seperti menyediakan afidavit terhadap Hao Tai Construction, lapor akhbar The Straits Times.


Leong juga mendakwa pada satu ketika bahawa dia “kini bersama hakim”, membayangkan kepada mangsa bahawa dia kononnya berada di mahkamah mewakili mangsa.

Leong akhirnya mengakui kepada mangsa bahawa dia bukan lagi seorang peguam.

Leong, yang tidak membuat pembayaran balik, mengaku bersalah atas pertuduhan menipu pada 19 Mac.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Chong Yong berkata mangsa sebelum ini berhasrat untuk menyaman Hao Tai Construction atas dakwaan melanggar kontrak.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan butiran mengenai kes sivil ini.

Salah seorang rakan mangsa memperkenalkan Leong kepadanya dan kedua-dua lelaki itu bertemu pada Ogos 2016.

Leong kemudian memberitahu mangsa dia bekerja untuk sebuah firma bernama Equitasasia dan memberikan e-mel syarikat atas namanya.

Antara 12 Ogos 2016 dengan 17 Januari 2017, Leong menipu mangsa yang membayarnya $13,400 untuk ‘khidmat guaman’, termasuk merangka surat tuntutan.

Namun lama-kelamaan, Leong semakin jarang berjumpa mangsa.

Sementara itu, Leong menghubungi firma guaman DG Law untuk membuat tuntutan terhadap Hao Tai Construction.

DG Law beranggapan bahawa Leong merujuk mangsa kepadanya untuk tuntutan itu dan terus merangka writ yang sesuai.

Oleh kerana Hao Tai Construction tidak hadir di mahkamah, penghakiman ingkar sebanyak $45,000 telah diberikan kepada syarikat mangsa.

Leong, yang menyedari keputusan itu, gagal menguatkuasakan penghakiman tersebut.

Sebaliknya, beliau memberitahu DG Law dan mangsa bahawa Hao Tai Construction akan membayar jumlah itu secara ansuran.

Ini adalah palsu kerana dia tidak pernah menghubungi sesiapa di syarikat itu.

Leong memberitahu mangsa bahawa saman terhadap Hao Tai Construction berjaya, tetapi terdapat “kelewatan dalam pembayaran”.

Dia akhirnya mengaku kepada mangsa bahawa dia bukan lagi pengamal undang-undang.

Mangsa kemudian membuat laporan polis.

Hukuman terhadapnya dijangka diputuskan pada 17 April.

Bagi kesalahan menipu, pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >