Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Bilangan pelancong ke S’pura dijangka kukuh pada 2024

STB berkata ia didorong pemulihan sektor pelancongan, perjalanan bebas visa 30 hari untuk rakyat China, S’pura
Feb 01, 2024 | 05:57 PM



Bilangan pelancong yang tiba di Singapura dijangka meningkat pada 2024 dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) meramalkan trend pelancongan kekal kukuh – melihat kepada jumlah yang direkodkan pada 2023.

Malah, kedua-dua ketibaan pelawat antarabangsa dan perbelanjaan pelancongan dijangka terus meningkat pada 2024, menurut STB pada 1 Februari.

Dianggarkan antara 15 juta hingga 16 juta pelawat dijangka tiba di Singapura, dan membelanjakan sekitar $26 bilion hingga $27.5 bilion di sini sepanjang 2024.

Jumlah pelawat dijangka terus meningkat berbanding tahun lalu, apabila Singapura berjaya menarik seramai 13.6 juta pelawat yang membelanjakan sekitar $24.5 hingga $26 bilion.

Ini bermakna perbelanjaan pelancong hampir mencapai paras tertinggi yang dicatat sebelum pandemik Covid-19, iaitu sebanyak $27.7 bilion pada 2019.

Namun, jumlah pelawat yang tiba di Singapura dijangka masih kurang daripada 19.1 juta ketibaan yang dicatat tahun itu, sebelum pandemik Covid-19 menghentikan perjalanan udara, lapor The Straits Times (ST).


Menurut STB, jumlah pelawat yang tiba di Singapura sepanjang 2023 menepati ramalan yang dibuat pada awal tahun itu, iaitu, antara 12 dengan 14 juta ketibaan.

Namun, perbelanjaan pelancongan bagi 2023 melebihi jangkaan $18 hingga $21 bilion.

Ketibaan pelawat pada 2023 dirangsang oleh Indonesia, China dan Malaysia, yang merupakan tiga pasaran utama Singapura, masing-masing membawa 2.3 juta, 1.4 juta dan 1.1 juta pelawat.

Pasaran utama lain yang mencatat pemulihan menggalakkan termasuk Australia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Pelancong dari China mencatat perbelanjaan terbesar bagi Singapura, iaitu, sebanyak $2.3 bilion, diikuti Indonesia ($2.2 bilion) dan Australia ($1.5 bilion).

Indonesia, negara sumber perbelanjaan pelancongan terbesar Singapura pada 2022, menyumbang $1.1 bilion pada tahun itu.

Dalam pada itu, pelawat dan pelancong juga menetap lebih lama di sini berbanding sebelum pandemik.

Secara purata, tempoh penginapan pelancong pada 2023 ialah sekitar 3.8 hari, naik daripada 3.4 hari pada 2019.

Dalam satu kenyataan media, STB menyatakan ia menjangka pemulihan berterusan sektor pelancongan, didorong oleh ketersambungan dan kapasiti penerbangan lebih baik di seluruh dunia, dan faktor seperti perjalanan bebas visa selama 30 hari untuk rakyat China dan Singapura, yang bakal dilaksanakan.

Perjanjian visa itu yang dijangka bakal menambah bilangan pelawat dari China, berkuat kuasa pada 9 Februari semasa musim cuti Tahun Baru Cina.

Lebih 3.5 juta pelancong China melawat Singapura pada 2019, tetapi bilangan pelancong dari negara itu yang tiba di sini selepas pandemik Covid-19 masih belum pulih ke tahap sedemikian.

Dari Januari hingga November 2023, Singapura hanya berjaya menarik sekitar 37 peratus daripada bilangan tersebut.

STB menyatakan ia menjangka kapasiti penerbangan antarabangsa akan terus berkembang pada 2024, dan menyamai atau hampir sama dengan paras sebelum pandemik bagi kebanyakan pasaran utama Singapura.

Ketua Eksekutif (CE) STB, Cik Melissa Ow, berkata prestasi mantap sepanjang 2023 menandakan pemulihan menggalakkan bagi pelancongan Singapura, sejajar dengan permintaan perjalanan antarabangsa yang kian meningkat.

“Strategi kami untuk menarik portfolio pelawat yang sihat dan pelbagai, merangkumi pasaran jarak jauh dan dekat, telah banyak menyumbang kepada ketibaan pelawat secara keseluruhan, tempoh penginapan lebih lama dan pertumbuhan dalam perbelanjaan pelancongan,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >