Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

AL FALAH AKADEMI (AFASG)

Dekati masyarakat dengan hidupkan amalan sunah

Jun 06, 2023 | 05:47 PM



SEBAGAI umat Islam, kita digalakkan agar mengamalkan sifat tolong-menolong dan saling mengasihi antara satu sama lain.

Demikianlah visi dan moto murni Ustaz Muhammad Ferozudeen Al Hafiz, yang gigih mengasaskan Al Falah Akademi (AFASG). Pusat ini merupakan sebuah pusat pendidikan Islam setempat, dan menjalankan ibadah korban dengan cemerlang sejak 2016.  

Ustaz Muhammad Ferozudeen yakin, dengan menawarkan pakej korban ini, beliau mampu memberikan kembali dan membantu kepada masyarakat yang memerlukan di dalam dan luar negara. Melalui acara sebegini juga, beliau berupaya mencurahkan bakti kepada masyarakat dengan menawarkan khidmat penghantaran percuma selain memberikan cenderahati kepada sohibul korban (orang yang melaksanakan korban) dan menghidupkan sunah dalam melaksanakan ibadah yang diamanahkan kepada dirinya.


Seperti tahun-tahun sebelumnya, khidmat korban ini bakal diadakan di Australia, India dan Indonesia. Selain itu, untuk tempahan di Australia, khidmat penghantaran daging korban ke rumah secara percuma ditawarkan demi memudahkan umat Islam menikmati daging tersebut bersama keluarga. Peserta boleh memilih mengambil keseluruhan bahagian atau berhasrat mendermakan sebahagiannya kepada golongan fakir miskin di negara ini. 

Sebagaimana yang diterangkan oleh Allah dalam Al-Quran, Surah Al-Maidah, ayat 2 yang bermaksud:

“Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan jangan kamu bertolong-tolong pada jalan yang membawa kepada dosa dan juga permusuhan,” jelas  Ustaz Muhammad Ferozudeen.

Beliau menjelaskan, daripada ayat tersebut, dapat kita fahami bahawa hidup di dunia ini perlu kerjasama antara satu sama lain, bersatu dalam kegiatan hidup, dalam ketaatan kepada Allah swt dan Rasulullah saw.


“Dalam hidup ini, tidaklah begitu perlu menjadi orang yang disegani atau ditakuti tetapi jadilah orang yang berguna kepada sesiapa yang berada di sekeliling kita. Wujudkan dalam diri kita peribadi yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat di sekeliling,” tambahnya.

Sabda Rasulullah saw (Hadis Riwayat at-Thabrani,) yang maksudnya:


“Sebaik-baik manusia adalah yang paling memberi manfaat kepada orang lain.”

AFASG juga menawarkan khidmat kepada masyarakat seperti tahnik dan tahleeq secara percuma, ibadah akikah (selepas tujuh hari kelahiran bayi), nazar dan sedekah sepanjang tahun.


Selain mengendalikan pusat AFASG, Ustaz Muhammad Ferozudeen juga memiliki kedai menjual barangan makanan mentah seperti daging segar dan serbaneka, Premium Butchery SG, terletak bersebelahan Masjid Abdul Gafoor, di kawasan Dunlop Street dan Little India.

Semua bahan makanan seperti daging, ayam, makanan laut dan sayur-sayuran segar dijual dengan harga berpatutan dan dibungkus vakum dan dihantar ke rumah, dengan penghantaran percuma tanpa pembelian minimum, dan tidak mengira daerah. Semua pembelian lebih daripada $50, diberikan hadiah percuma. Ini adalah satu daya usaha untuk memudahkan kaum wanita dan ibu-ibu di rumah menyediakan juadah untuk keluarga mereka. 

Apabila ditanya mengapa AFASG menawarkan barangan percuma beserta penghantaran bagi pembelian melebihi $50, Ustaz Muhammad Ferozudeen berkata:

“Isteri saya seorang usahawan dan telah menjalankan perniagaan bakerinya sendiri, 5pillarSg. Beliau menggesa agar kami menyediakan penghantaran percuma, lalu saya pun berhasrat mahu ‘berlumba-lumba’ (dengan isteri) demi mengerjakan amalan yang baik ini. Syarikat saya juga menawarkan cenderahati percuma untuk mendekati masyarakat di sini.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila:

Hubungi Al Falah Akademi Singapura (AFASG) di talian 8522-4534.

Ikuti laman Facebook atau Instagram Al Falah Academy  (afasg_2016).

Ikuti Instagram Premium Butchery Sg (pbsg11dunlop) serta 5 Pillars Sg (5pillarsg).

Hubungi talian 8870-8786. 

Lungsuri laman www.alfalahacademy.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >