Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

DPM Wong: Tidak perlu naikkan GST sehingga 2030

Feb 29, 2024 | 03:48 PM



Tidak perlu naikkan lagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga 2030, kata Timbalan Perdana Menteri (DPM) merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada 28 Februari.

Menggulung perbahasan mengenai kenyataan Belanjawannya di Parlimen, beliau berkata: “Setakat ini sehingga 2030, kita berada dalam kedudukan yang kukuh.”

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Cik Hazel Poa, yang bertanya sama ada terdapat keperluan menaikkan GST dari sekarang hingga 2030.

Sehubungan itu, DPM Wong berkata kenaikan 2 peratusan mata GST – daripada 7 peratus kepada 8 peratus pada 1 Januari 2023, dan kepada 9 peratus pada 1 Januari 2024 – bertujuan merapatkan jurang antara pendapatan dengan perbelanjaan sehingga 2030, lapor The Straits Times.


“Kami telah menutup jurang pembiayaan sehingga 2030. Kenaikan GST yang kami umumkan bertujuan untuk ini, jadi kami okey sehingga 2030. Kami tidak memerlukan kenaikan GST lagi sehingga 2030,” katanya.

Pemerintah sebelum ini berkata pendapatan daripada kenaikan GST akan digunakan untuk memenuhi keperluan jangka sederhana Singapura, seperti dalam penjagaan kesihatan dan perbelanjaan sosial.

Dalam kertas kerja mengenai unjuran fiskal jangka sederhana yang diterbitkan pada Februari 2023, Kementerian Kewangan (MOF) mengunjurkan bahawa perbelanjaan pemerintah akan meningkat kepada kira-kira 19 hingga 20 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (GDP) pada tahun kewangan 2026 hingga 2030, dan boleh melebihi 20 peratus daripada GDP menjelang Tahun Kewangan 2030.

Di Parlimen pada 28 Februari, beliau berkata MOF akan terus mengemas kini unjuran keperluan fiskal jangka sederhana Singapura secara bergilir-gilir.

Beliau menambah: “Jadi, selepas 2030, kita perlu lihat bagaimana gambaran itu nanti.”

Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP), Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang), berkata kenaikan GST berkemungkinan menyumbang kepada inflasi domestik, sambil menambah bahawa kenaikan cukai nilai tambah di bidang kuasa lain lazimnya menyebabkan kenaikan inflasi.

Beliau bertanya sama ada DPM Wong “masih percaya bahawa masa menaikkan GST adalah wajar”, atau adakah lebih bijak ia ditangguhkan.

DPM Wong berkata walaupun kenaikan GST memang menyebabkan harga naik, kesan ini “sekali sahaja” dan “tidak kekal”.

Kenaikan inflasi adalah trend global dan Singapura turut dilanda, tetapi kadar inflasi di sini telah menurun dan terus sederhana, jelas DPM Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >