Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

HAJI 2017

Dr Yaacob: Jemaah S'pura selamat, sihat dan bersedia menunaikan ibadah Haji

Aug 29, 2017 | 10:16 PM



MAKKAH: Jemaah Singapura, termasuk Dr Yaacob Ibrahim,  telah selamat tiba di Arab Saudi, berada dalam keadaan sihat dan bersedia menjalankan ibadah haji.



Menulis di laman Facebook pada 29 Ogos, Dr Yaacob, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam,  yang juga ketua rombongan jemaah haji Singapura tahun ini, berkata:



"Saya telah melawat jemaah kita di tempat penginapan mereka di Shisha. Mereka memberitahu saya mereka telah menyesuaikan diri dan bersedia memulakan ibadah haji. Saya gembira jemaah kita selamat, sihat dan berada dalam keadaan ceria, sedang mereka membuat persiapan bagi kemuncak Haji esok."



Menurut Dr Yaacob, setibanya di Makkah pada 26 Ogos, beliau telah bertemu dengan Menteri Haji dan Umrah, Yang Berhormat Dr Mohammad Saleh bin Taher Benten. 



Khidmat cemerlang yang diberikan oleh Kementerian Haji Saudi serta agensi Haji Saudi yang lain, seperti Muassasah Jemaah Haji Asia Tenggara membantu semua jemaah menunaikan Haji dengan aman dan tenteram, kata Dr Yaacob.



Tambah Dr Yaacob, beliau juga berterima kasih kepada Penguasa Haji Saudi yang membantu dan meluluskan permohonan Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura untuk terus memberikan khidmat perubatan kepada jemaah dari Australia.



"Saya doakan agar ibadah Haji jemaah kami dan juga jemaah lain dari serata dunia, berjalan lancar," kata Dr Yaacob.



Dr Yaacob memimpin rombongan jemaah haji Singapura tahun ini  sebagai tanda penghargaan pemerintah Singapura kepada kerajaan Arab Saudi bagi kenaikan kuota, dan sempena ulang tahun ke-40 hubungan antara kededua negara.



Pihak Saudi meningkatkan kuota rasmi Singapura daripada 680 kepada 800 pada tahun ini.



Semua 800 tempat diisi, dengan sekitar 90 peratus diambil jemaah yang menunaikan haji buat kali pertama.



Bercakap kepada media sebelum berangkat ke Saudi, Dr Yaacob berkata  kuota yang lebih selesa bagi Singapura adalah antara 2,000 dengan 4,000.



Buat masa ini, masa menunggu untuk menjalankan ibadah haji bagi jemaah Singapura adalah sekitar 20 hingga 25 tahun.



Muslim Singapura menyambut Hari Raya Haji pada Jumaat, 1 September, tahun ini. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >