Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Jemaah umrah yang kaki dipotong lepas dijangkiti bakteria meninggal dunia

Jan 11, 2017 | 09:08 PM



Jemaah umrah yang kakinya terpaksa dipotong meninggal dunia di Jordan sekitar 2.30 tengah hari waktu tempatan (sekitar 7 pagi waktu Jordan).

Encik Abdul Ghafur Mohd Ibrahim  disahkan meninggal dunia setelah sekian lama terlantar di hospital gara-gara jangkitan di kakinya yang disebabkan sejenis bakteria yang memamah daging.


Ketika dihubungi Berita Harian, anak menantu beliau, Encik Ameen mengesahkan berita tersebut. Beliau berkata mereka mendapat panggilan telefon sekitar 2.30 petang setelah zohor yang mengkhabarkan berita sedih itu.


Allahyarham Encik Abdul Ghafur ditemani isteri, seorang anak lelaki, anak perempuan dan menantu beliau di Jordan. Menurut Encik Ameen, keluarga tersebut akan mengebumikan jenazah Allahyarham di sana. Sementara itu, keluarga di Singapura baru sahaja selesai mengadakan tahlil bagi Allahyarham selepas solat maghrib tadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >