Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID AR-RAUDHAH

Kerjasama unik masjid, gereja, relawan Bangladesh dalam khidmat sosial

Dec 17, 2023 | 05:30 AM



Usaha sekumpulan 30 relawan masjid yang merupakan pekerja migran dari Bangladesh, membantu Masjid Ar-Raudhah dalam beberapa kerja pembersihannya, disambut dengan rasa besar hati oleh pihak masjid itu.

Contohnya, baru-baru ini mereka membantu mengecat kelas tadika dan membersihkan kipas siling di masjid itu. Malah, setiap hari Jumaat mereka menghantar empat relawan untuk membersihkan lantai dan menyusun kerusi untuk kegunaan jemaah di dewan serbaguna masjid itu yang dikenali sebagai Dewan Yam.

Kerja pembersihan dan mengecat itu dilakukan sebagai mengambil kesempatan daripada ruang-ruang bilik di masjid itu yang tidak digunakan pelajar sempena cuti sekolah ketika ini, jelas Encik Suhaimi Wagiman, naib pengerusi 1 Masjid Ar-Raudhah.

Selain itu, Masjid Ar-Raudhah juga telah membantu membersihkan rumah seorang penduduk di Blok 148, Bukit Batok, dengan kerjasama Majlis Perbandaran Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Bukit Batok, wakil kelab-kelab masyarakat dan gereja Convent Church Bukit Panjang, sementara wakil-wakil dari Masjid Ar-Raudhah terdiri daripada empat relawan Bangladesh.

Dengan kerjasama yang diberikan, rumah tersebut dapat dibersihkan dengan sempurna, ujar Encik Suhaimi.

Relawan Bangladesh juga menganjurkan kegiatan bulanan mereka di masjid itu. Contohnya, sambutan Maulud dan acara keluarga yang dihadiri 300 warga Bangladesh di Dewan Yam, tambah Encik Suhaimi.

Sebagai memberi penghargaan atas sumbangan pekerja Bangladesh itu, Encik Juraimy Sumery, naib pengerusi 2 Masjid Ar-Raudhah berkata:

‘‘Masjid Ar-Raudhah merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas sumbangan relawan Bangladesh yang banyak menghulurkan tenaga membantu masjid. Usaha mereka itu telah juga dapat mengurangkan kos operasi masjid.’’

HULUR DERMA


Cara menderma kepada Masjid Ar-Raudhah:

1. PayNow ke: UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ dalam ruangan ‘rujukan’. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp kepada talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Hantarkan cek atas nama Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah ke alamat 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

4. Wakaf melalui arraudhahmosque.mimbar.sg

5. Imbas kod QR yang disediakan.

6. Hubungi talian +65 6899 5840 atau layari arraudhahmosque.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >