Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Kes serang di Orchard Central: Suspek hadapi lebih banyak tuduhan

Jan 11, 2024 | 06:21 PM



Seorang lelaki yang didakwa mencederakan remaja berusia 18 tahun dengan menggunakan sejenis alat yang tidak diketahui di pusat beli-belah Orchard Central pada 1 Januari lalu, dijangka menghadapi lebih banyak tuduhan.

Adam Hambali Seddon, 30 tahun, dikenakan ikat jamin $20,000.

Ini didedahkan pada 11 Januari semasa sebutan kesnya di mahkamah.

Tidak disebutkan berapa banyak lagi tuduhan yang bakal dihadapi Adam, yang menghadiri perbicaraan itu melalui pautan video, lapor The Straits Times (ST).


Adam kini menghadapi satu tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Encik Carmelo Joshua Emilio Esmond D’Sylva, di tingkat 11 pusat beli-belah itu, berhampiran kelab Ark11 sekitar 4 pagi.

Dia dikatakan menggunakan sejenis alat yang tidak diketahui untuk menikam atau mengelar mangsa. Alat itu, apabila digunakan sebagai senjata, boleh menyebabkan kematian.

Mahkamah tidak diberitahu jenis senjata yang digunakan dalam serangan tersebut.

Lima yang lain turut tercedera dalam kejadian itu. Kesemua enam mangsa, berusia antara 18 dengan 30 tahun, dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) untuk mendapatkan rawatan. Kesemua mereka sudah pun dibenarkan pulang.

Pihak pendakwa memberitahu mahkamah bahawa Adam tidak lagi perlu ditahan reman, tetapi memohon kes itu ditangguhkan sementara menunggu laporan perubatannya, dan sehingga siasatan selesai.

Pendakwa raya menyenaraikan beberapa syarat ikat jamin, termasuk Adam dikehendaki memakai peranti elektronik untuk pengawasan dan sentiasa dapat dihubungi oleh pegawai penyiasat.

Dia juga dikehendaki mematuhi perintah berkurung dari 10 malam hingga 6 pagi, dan tidak dibenarkan menghubungi mangsa secara langsung atau tidak langsung.

Peguam bela, Encik Wee Hong Shern, memohon jumlah ikat jamin sebanyak $15,000 untuk Adam.

Beliau, antara lain, berkata mangsa mengalami kecederaan pada belakang tubuh, dan bukannya leher atau organ penting.

Namun, pihak pendakwa berkata Adam telah melanggar syarat pelepasan awal supaya berkelakuan baik dan tidak melakukan sebarang kesalahan dari 12 Ogos 2023 hingga 10 Disember 2024.

Kes Adam akan didengar lagi pada 8 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >