Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Kes tipu pancing data pelanggan OCBC: Lelaki mengaku anggotai kumpulan jenayah

Feb 15, 2024 | 06:36 PM



Seorang lelaki yang dikaitkan dengan penipuan pancingan data yang menyaksikan pelanggan OCBC Bank kehilangan kira-kira $12.8 juta, mengaku dia bekerja dengan orang lain bagi kegiatan pengubahan wang haram.

Jovan Soh Jun Yan dan rakan sejenayahnya telah mendapatkan dan memberikan kawalan ke atas akaun bank kepada pelbagai orang yang tidak dikenali dan dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket luar negara.

Beberapa akaun bank itu kemudian digunakan untuk menerima dan melesapkan dana daripada mangsa, termasuk pelanggan OCBC.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Jason Chua berkata kumpulan Soh, yang terdiri daripada lapan orang, telah melesapkan sekurang-kurangnya $599,407 daripada mangsa penipuan.

Pada 15 Februari, Soh, warga Singapura berusia 21 tahun, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan termasuk menjadi sebahagian daripada operasi pengubahan wang haram dan anggota kumpulan jenayah terancang.

Beberapa rakan subahatnya termasuk Leong Jun Xian dan Muhammad Khairuddin Eskandariah telah dihadapkan di mahkamah sebelum ini.

DPP Chua memberitahu mahkamah bahawa antara 8 Disember 2021 dengan 19 Januari 2022, polis menerima 768 laporan daripada pemegang akaun OCBC yang menjadi mangsa penipuan pancingan data.

Beliau menambah: “Mangsa dalam laporan ini memaklumkan bahawa akaun bank mereka telah dikompromi dan selepas itu dana dipindahkan daripada akaun mereka tanpa kebenaran.”


Soh dan rakan sejenayahnya kemudian bekerjasama melakukan kegiatan pengubahan wang haram melibatkan beberapa orang yang tidak dikenali.

Kumpulan Soh menyediakan sekurang-kurangnya 16 akaun bank kepada sindiket dalam kumpulan sembang Telegram antara Disember 2021 dengan Februari 2022.

Akaun bank itu kemudian menerima hampir $600,000 daripada penipuan yang berbeza, termasuk melibatkan pelanggan OCBC.

OCBC berkata pada Januari 2022 bahawa ia telah membuat pembayaran atas dasar muhibah kepada pelanggan yang terjejas.

Soh adalah anggota tiga kumpulan sembang dan telah mendapatkan akaun bank daripada orang yang tidak dikenali di Telegram.

Dia juga telah memberikan butiran akaun bank kepada sindiket dalam salah satu kumpulan sembang.

Kumpulannya bekerja untuk orang yang berbeza termasuk yang hanya dikenali sebagai ‘William’, yang menjanjikan Soh gaji $3,000 sebulan.

‘William’ juga menjanjikannya tambahan $600 hingga $800 bagi setiap akaun bank yang diberikannya. Butiran mengenai ‘William’ dan kesnya tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.


Kesalahan Soh terbongkar selepas polis menerima laporan antara Disember 2021 dengan Januari 2022. Seramai 16 orang, termasuk Soh, ditangkap tidak lama kemudian.

Pada 15 Februari, DPP Chua menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara setahun dengan 15 bulan terhadap Soh. Dia dijangka dijatuhi hukuman pada 29 Februari. – ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >