Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID HAJI MUHAMMAD SALLEH@MAKAM HABIB NOH

Khazanah pulihara masjid, makam bakal jadi bahan arkib

Dec 08, 2023 | 05:31 AM



Sesuai dengan kepakarannya sebagai pereka laman bebas, Encik Muhammad Alwardi Yacob, 38 tahun, telah banyak membantu meningkatkan pengumpulan dana Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh.

Sebelum ini, beliau pernah diberi tanggungjawab menyiapkan sebuah projek di Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh. Komitmen tinggi Encik Muhammad Alwardi itu disifatkan sebagai usaha yang sangat diperlukan dalam mempromosi lagi Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh kepada masyarakat dalam dan luar Singapura.

Bercerita tentang penglibatannya sebagai pegawai pengumpulan dana di Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh, Encik Muhammad Alwardi berkata pada permulaannya, pelawaan untuk menyertai pasukan masjid ditolak dengan baik, namun begitu kalau sudah rezeki, memang ia tidak ke mana.

“Setelah projek laman Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh berjaya bersiaran secara langsung, saya dijemput menyertai masjid sebagai pegawai pengumpulan dana bagi menyokong kempen pembangunan dan naik taraf bangunan makam di sana.

“Awalnya, saya menolak permintaan tersebut. Tetapi, saya ditawarkan jawatan tersebut sekali lagi, selepas salah seorang bekas pegawai pengumpulan dana masjid tersebut harus meninggalkan jawatannya kerana masalah kesihatan.

“Setelah melalui beberapa pertimbangan, saya bersetuju menerima tawaran itu dan telah pun memulakan tugas pada 1 Disember 2023 lalu dengan kontrak sementara selama setahun. Dahulu, saya pernah terfikir mahu mencari kerja di sekitar Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh supaya senang untuk berkunjung ke sana. Alhamdulillah, ia menjadi rezeki saya berkhidmat di sini.

TANGGUNGJAWAB PROMOSI MASJID

Ditawarkan sebagai kakitangan sepenuh masa oleh Lembaga Pengurusan Masjid pada September baru-baru ini, Encik Muhammad Alwardi juga telah membuktikan keupayaannya terhadap Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh.

“Pertamanya, saya ditugaskan membantu kegiatan pengumpulan dana, menyelia serta melaksanakan kempen masjid seperti Tabung Cinta.

“Selain itu, saya turut diberi mandat menguruskan akaun media sosial masjid, pengiklanan surat khabar, iklan online tentang pelbagai acara masjid.


“Saya juga berusaha melaksanakan penyelidikan tentang sejarah Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh serta menghimpunkan semua maklumat untuk mewujudkan sebuah arkib bagi memelihara sejarah tentang makam dan membaik pulih masjid.

INGIN TARIK
GENERASI MUDA

Dengan mempamerkan sejarah Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh secara lebih jelas, ia diharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai, terutamanya generasi muda tentang keperibadian Habib Noh, yang nama sebenarnya Habib Noh Al-Habsyi.

“Habib Noh seorang wali dan tokoh agama signifikan dalam dunia dakwah Islam, yang turut terkenal sebagai simbol kemanusiaan dan juga toleransi antara agama dan kekayaan sejarah di kawasan ini.

“Melalui promosi dan strategi yang dirancang, semoga ia berkesan untuk menarik banyak kedatangan generasi muda.

“Ini sekali gus menjadikan tempat ini sebagai tempat mencurahkan khidmat dan mendekatkan diri dengan pencipta-Nya,” jelas Encik Muhammad Alwardi.

HULUR SUMBANGAN


Sumbangan boleh dilakukan melalui:

1. Imbas kod QR yang disediakan; atau PayNow ke S03MQ0039G.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 59100798-400 di bawah nama akaun LPM HAJI MUHAMMAD SALLEH. Sila nyatakan di ruang ‘rujukan’ sama ada untuk ‘derma masjid’ atau ‘dana makam’.

3. Layari www.hjmuhdsalleh.org.sg atau hubungi talian 6220-9257 untuk mendapatkan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >