Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Kumpulan 7 ustaz: Perlu tangani secara serius fahaman ganas

Jun 13, 2017 | 09:01 PM



MASYARAKAT Muslim Singapura perlu berusaha secara serius menangani masalah pengganasan, kata sekumpulan guru agama Islam setempat.

Mereka menggesa masyarakat supaya bersuara menentang individu – yang mungkin dipengaruhi fahaman radikal dan memuji keganasan yang dilaksanakan di serata dunia – dan berkata individu seperti itu memerlukan kaunseling kerana mereka telah disesatkan.


Tujuh ustaz – termasuk pengetua Madrasah Aljunied Al-Islamiyah, Ustaz Mahmoud Matlub Sidek; Pengerusi Eksekutif Masjid Muhajirin, Ustaz Abdul Manaf Ramat; dan konsultan Syariah di Maybank, Ustaz Kamal Mokhtar – hari ini mengeluarkan kenyataan itu, yang menggesa masyarakat Muslim bertindak.


Empat lagi ustaz ialah Ustaz Khairul Anwar Mohamed Aznan, Ustaz Fathurrahman M Dawoed, Ustaz Muhammad Imran Othman dan Ustaz Zaidi Samsudi.


Kenyataan tersebut dibuat menyusuli berita penangkapan warga Singapura berusia 22 tahun, Syaikhah Izzah Zahrah Al Ansari, awal bulan ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana radikalisme.


“Fahaman ganas perlu dianggap sebagai ajaran sesat, dan perlu dilaporkan kepada pihak berwenang, supaya pengaruhnya boleh dikekang dan individu yang terbabit dapat dipulihkan,” kata kenyataan yang ditulis dalam bahasa Melayu itu.


Penangkapannya menunjukkan bahawa masih ada Muslim di sini yang terpengaruh dengan kegiatan pengganas di luar negara, walaupun masyarakat Muslim di sini telah diberi amaran dan nasihat supaya mengelak kegiatan seperti itu, kata kenyataan tersebut.


“Sebagai sebuah masyarakat berbilang bangsa di Singapura, kita perlu peka bahawa perbuatan serta tindakan yang kita ambil akan mempunyai kesan serta implikasi pada masyarakat lain. 


“Kes ini sudah pasti akan menimbulkan perasaan kurang senang serta kegelisahan pada masyarakat lain. Mereka mungkin akan berasa curiga terhadap masyarakat Islam, terutama sekali kepada kaum Muslimah yang berhubungan langsung dengan masyarakat umum,” kata kenyataan itu.


Lantaran itu, masyarakat Muslim perlu mengambil langkah tegas untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang. 

Kenyataan itu juga menekankan tiga perkara yang boleh dilakukan masyarakat:



* memberitahu masyarakat lebih luas bahawa Islam adalah agama keamanan yang tidak menyokong keganasan;

* pendidikan agama perlu didalami daripada sumber yang jelas dan diiktiraf; dan 

* masyarakat Muslim perlu mengambil langkah proaktif mendekati masyarakat lebih luas.


“Mereka perlu kenal bahawa kita juga sama seperti mereka dan mempunyai aspirasi hidup yang sama. 


“Kita juga ingin menyumbang kepada pembangunan negara serta menginginkan kebaikan kepada semua.


“Walaupun kegiatan kemasyarakatan ini sudah banyak dilakukan oleh ramai anggota masyarakat kita, ia perlu dipertingkatkan lagi,” kata kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >