Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Latihan pemulihan akhlak bagi remaja serang seksual 2 adik perempuan

Mar 06, 2024 | 06:23 PM



Dia berusia 12 tahun pada 2018 apabila dia mula melakukan penderaan seksual terhadap adik perempuannya yang berusia sekitar 10 tahun.

Pada 2019, dia melakukan hubungan seks dengan adiknya itu di ruang tamu rumah mereka.

Dia kemudian mencabul seorang adik perempuannya sebanyak tiga kali antara 2020 dengan 2021.

Pada 6 Mac, remaja itu, yang tidak boleh dinamakan kerana melindungi identiti kededua adiknya itu, diarah menjalani latihan pemulihan akhlak sekurang-kurangnya setahun.

Remaja itu, kini berusia 18 tahun, mengaku bersalah atas setiap satu pertuduhan – melakukan hubungan seks dengan remaja yang lebih tua dan mencabul adik mereka. Lima pertuduhan lain diambil dalam pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan.

Pesalah muda yang diarah menjalani latihan pemulihan akhlak perlu mematuhi rejimen ketat seperti berbaris dan kaunseling, lapor The Straits Times (ST).


Ketika melakukan kesalahan itu, dia dan dua adiknya tidur di atas tilam di ruang tamu rumah mereka yang dikongsi bersama ibu mereka.

Timbalan pendakwa raya (DPP) R. Arvindren dan Etsuko Lim dalam dokumennya menyatakan: “Setiap kali (dia) bangun semasa serangan seksual itu, tertuduh akan berpura-pura tidak sengaja menyentuh mangsa pertama untuk membangunkannya.”


Dia melakukan hubungan seksual dengan remaja itu pada 2019, dan sekitar dua minggu kemudian, ibu mereka menangkapnya menyentuh adik perempuannya secara seksual.


Si ibu memarahinya dan memasang kamera litar tertutup di ruang tamu untuk memantau tingkah lakunya pada waktu malam.


Dia mula mencabul seorang lagi adik perempuannya pada 2020 ketika dia berusia 11 tahun.


Kesalahannya terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis pada 31 Ogos 2021.

Remaja lelaki itu dikenakan ikat jamin $30,000 dan diarah menyerah diri di mahkamah pada 26 April untuk mula menjalani hukumannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >