Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID ALKAFF KAMPUNG MELAYU

Masjid sebar pembelajaran Al-Quran kepada remaja

Dec 17, 2023 | 05:32 AM



Demi mahu terus mendekati masyarakat Islam setempat, Masjid Alkaff Kampung Melayu gigih menjalankan kursus-kursus pendek bagi jemaah mereka. Antara kegiatan terbaru ialah program Iqra Academy Camp, disasarkan untuk remaja berusia antara 10 tahun dengan 16 tahun. Program ini berlangsung selama tiga hari, dua malam, bermula pada 12 hingga 14 Disember lalu.

Menurut pegawai yang bertanggungjawab serta ketua kem, Encik Muhammad Harith Abdul Rahman, program pendek ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai serta pelajar madrasah mingguan aLIVE kendalian masjid tersebut. Projek ini juga merupakan daya usaha kumpulan Al-Muhafizoon, cabang belia Masjid Alkaff Kampung Melayu dan diselaraskan oleh Pegawai Pembangunan Belia (YDO), Ustaz Muhamad Irwan Saian.

Seramai 38 pelajar lelaki dan perempuan menghadiri kem ini, dan mereka tidak digalakkan pulang selama tempoh kem berlangsung. Segala keperluan seperti hidangan harian dan tempat tidur disediakan oleh pihak masjid. Bayaran untuk menghadiri kem ini bermula daripada $25 untuk pelajar mingguan aLive kendalian Masjid Alkaff Kampung Melayu dan hingga $50 bagi belia am.

“Program Iqra Academy Camp dipenuhi dengan pelbagai kegiatan kerohanian, dan pihak kami amat berbesar hati kerana mendapat sokongan daripada ibu bapa dan pelajar remaja ini sendiri. Di kem ini, pelajar didedahkan dengan pembelajaran iqra, atau mengenal huruf-huruf Al-Quran, beribadah, berdoa serta bersolat malam atau melakukan qiamullail. Selain itu, sepanjang kem ini dijalankan, pelajar tidak digalakkan pulang ke rumah masing-masing, dan diberikan motivasi untuk bermalam dan beribadah di masjid. Segala keperluan seperti makanan harian disediakan oleh pihak masjid.


“Misi utama kami mengadakan kem iqra ini adalah untuk mengenalkan kepada peserta huruf-huruf di dalam Al-Quran, penggunaan dan bimbingan tajwid, serta menanam semangat dalam jiwa mereka agar mencintai serta mengamalkan pembacaan Al-Quran. Alhamdulillah, sepanjang kem pendek, atau ‘crash course’, ini mereka mampu mengenal huruf dan membaca Al-Quran meskipun pada peringkat asas,” kata Encik Harith yang juga merupakan Presiden bagi kumpulan Al-Muhafizoon dan relawan masjid tersebut.


Encik Muhammad Harith, 20 tahun, turut berkata sepanjang kem ini, pelajar telah mendalami sehingga peringkat empat (buku iqra), dan beliau amat berpuas hati dengan pencapaian pelajar-pelajar ini.


“Sepanjang kem ini, pelajar telah mendalami sehingga jilid 4 kitab iqra, dan kami melaksanakan kem ini tanpa memberi tekanan kepada mereka agar mereka berasa seronok, belajar dan mendalami Al-Quran dengan penuh keceriaan. Harapan saya mahu melihat pelajar ini meningkatkan lagi kemahiran membaca Al-Quran dan bahasa Arab, biarpun mereka tidak mempunyai latar belakang terdahulu. Saya juga berharap remaja masa kini mengikut jejak langkah Rasulullah saw kita. Walaupun kelihatan sukar, jika seseorang dapat melakukan yang terbaik, saya percaya mereka akan cemerlang,” kata pelajar Temasek Politeknik ini lagi yang bercita-cita ingin menjadi usahawan berjaya.


Menyentuh tentang program naik taraf yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Pengurus Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustaz Mohd Taufiq Mohd Ismail, berkata pihak masjid mengalu-alukan sokongan orang ramai dan kerja peningkatan ini perlu dilakukan demi keselesaan jemaah, terutamanya warga emas yang tinggal di persekitaran kawasan masjid.

“Kami berharap orang ramai akan memberikan sumbangan ikhlas dan terus menyokong projek-projek kendalian Masjid Alkaff Kampung Melayu ini,” kata Ustaz Mohd Taufiq.

HULUR DERMA


Cara menderma bagi Dana Peningkatan Masjid Alkaff Kampung Melayu:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC : 581-608668-001. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’ dan e-mel tangkap layar, atau screenshot, transaksi kepada finance@alkaffkm.mosque.org.sg.


2. Hantar cek atas nama LPM ALKAFF KG MELAYU. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’, nama, alamat dan nombor telefon anda di bahagian cek dan kirimkan kepada Masjid Alkaff Kampung Melayu, 200 Bedok Reservoir Road, Singapura 479221.

3. PayNow UEN : S94MQ0017D. Sila nyatakan ‘Dana Peningkatan’ di bahagian ‘Rujukan’.

4. Langsung ke pejabat masjid dari Isnin hingga Jumaat: 9 pagi hingga 5.30 petang.

5. Sila hubungi Masjid Alkaff Kampung Melayu di talian 6242-7244 untuk mendapatkan keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >