Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

NTU tawar program ijazah perakaunan baru, beri fokus kepada kemampanan

Feb 13, 2024 | 07:18 PM



Universiti Teknologi Nanyang (NTU) akan menawarkan satu program ijazah perakaunan baru yang memberi tumpuan kepada kemampanan.

Program ijazah tersebut turut memberi pelajar pemahaman silang bidang mengenai pelbagai topik penting mengenai ekonomi dan membolehkan mereka meraih kelayakan profesional dengan lebih cepat.

Modul pelajaran yang disediakan di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dalam Pengurusan dan Analitik Kemampanan selama empat tahun itu termasuk pelaporan kemampanan, kewangan mampan dan kecerdasan buatan (AI) dalam perakaunan dan kewangan, lapor akhbarThe Straits Times (ST).


Program yang ditawarkan oleh Sekolah Perniagaan Nanyang itu memberi pelajar laluan pantas untuk menjadi akauntan bertauliah.

Pelajar juga diberi pengecualian daripada Kelayakan Akauntan Bertauliah Singapura (SCAQ), menurut NTU pada 13 Februari.

Program tersebut juga menawarkan pelajar latihan amali atau ‘internship’ minimum 30 minggu di sebuah pertubuhan latihan yang diiktiraf Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra).

Latihan amali itu diambil kira dalam pengalaman praktikal selama tiga tahun bagi pelajar, yang diperlukan untuk layak sebagai akauntan bertauliah.

Ketua eksekutif Acra, Encik Ong Khiaw Hong, berkata: “Kami yakin program bekerja sambil belajar ini akan memberi pelajar perakaunan pendedahan industri dari awal lagi, melalui peluang kerja praktikal, di samping kemahiran kemampanan dan analitik yang penting untuk mempersiapkan mereka menjadi pemimpin masa depan dalam bidang ini.”

Program baru itu adalah antara sembilan program ijazah silang bidang terbaru NTU yang ditawarkan pada 2024, seperti AI, perubatan Cina, pengkomputeran gunaan dalam kewangan, falsafah, politik dan ekonomi.

“Program ijazah baru ini yang merangkumi pelbagai bidang tradisional dan baru berkembang, membolehkan mereka merebut peluang dalam pelbagai industri sedia ada dan akan datang,” jelas Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >