Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pameran Halal dijangka tarik sehingga 10,000 pengunjung

Nov 30, 2023 | 03:26 PM



Acara ‘Halal International 2023’ akan menemui pengunjung bermula Jumaat hingga 3 Disember ini di Dewan 4A Singapore Expo.

Dianjurkan MegaXpress International Pte Ltd, pameran itu akan dipenuhi lebih 220 gerai, termasuk vendor dari dalam dan luar negara, yang akan menyediakan produk dan perkhidmatan untuk kecantikan, fesyen, perhiasan rumah dan pelbagai lagi.

Selain itu, pertunjukan memasak, pertandingan, ceramah interaktif, cabutan bertuah dan hiburan akan turut diadakan.

Pengurus komunikasi media syarikat itu, Cik Reny Delfina Hamzah, berkata terdapat pelbagai hidangan menarik dan produk terkenal yang dijual secara dalam talian di acara tersebut.

“Pengunjung dapat menikmati makanan dan minuman unik lagi rencam dan hidangan dari India, Timur Tengah, Jepun, Thailand, Indonesia, Malaysia serta Singapura.

Produk popular terkenal yang dijual dalam talian dari Singapura, Malaysia dan Indonesia juga akan kembali dengan tawaran lebih hebat dan padat dengan jenama terkini.

Produk gaya hidup bagi Muslimah moden juga tidak dilupakan.

Orang ramai dapat menyaksikan ceramah dan persembahan interaktif untuk menyokong dana untuk Baitul Iman Society, kata Cik Reny.

Cik Reny menganggarkan antara 8,000 dengan 10,000 pengunjung akan menghadiri acara tiga hari itu.

Antara selebriti kesayangan ramai yang akan menghiburkan acara ini termasuk Fahrin Ahmad, Datin Fouziah Gous, Nora Danish, Fauziah Latiff dan Noraniza Idris.

“Orang ramai dijemput datang beramai-ramai ke acara Halal International 2023 ini dan dapatkan promosi yang berbaloi serta mengikuti hiburan dari deretan artis-artis yang hebat,” tambah Cik Reny lagi.

Benefisiari untuk pameran kali ini adalah Baitul Iman Society, dan masuk percuma.

Maklumat lanjut boleh didapatkan dengan melungsuri Instagram dan Facebook/MegaXpress.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >