Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Panel saran had skuter mobiliti kepada mereka yang sukar berjalan

Turut saran had laju semua alat bantu mobiliti peribadi bermotor dikurang bagi elak salah guna
Dec 14, 2023 | 05:54 PM



Panel semakan telah menyarankan hanya mereka yang disahkan mengalami kesukaran berjalan atau mempunyai keperluan perubatan harus dibenarkan menggunakan skuter mobiliti peribadi di sini.

Dalam cadangannya kepada Kementerian Pengangkutan pada 14 Disember, Panel Penasihat Mobiliti Aktif (Amap) berkata bahawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat kebimbangan yang semakin meningkat bahawa orang yang berupaya telah menyalahgunakan alat bantuan mobiliti, khususnya skuter mobiliti.

Ini termasuk kebimbangan terhadap menunggang secara berbahaya, memandu laju dan alat bantu mobiliti yang terlalu besar.

Di samping itu, untuk mengelakkan penyalahgunaan peranti ini, panel penasihat seramai 16 anggota itu juga mengesyorkan agar pemerintah mengurangkan had laju semua alat bantu mobiliti peribadi bermotor – termasuk kerusi roda bermotor – daripada 10 kilometer sejam kepada 6 kilometer sejam.

Ini adalah untuk lebih mencerminkan tujuan penggunaan alat bantu mobiliti yang dimaksudkan – sebagai pengganti bagi mereka yang mengalami kesukaran berjalan, kata Amap.

Alat bantuan mobiliti boleh digunakan di laluan pejalan kaki dan trek berbasikal, tetapi tidak di jalan raya.

Amap tidak dapat memberi anggaran bilangan pengguna atau peranti bantuan mobiliti aktif di Singapura kerana ia tidak perlu didaftarkan semasa pembelian.

Bilangan pengguna sedemikian dijangka meningkat apabila semakin ramai penduduk Singapura meningkat usia.

Pengguna yang layak boleh menggunakan surat keperluan perubatan atau pengenalan hilang upaya sedia ada, seperti kad konsesi untuk penumpang kurang upaya, untuk menggunakan alat bantuan mobiliti berkenaan.

Ini bagi mengurangkan keperluan pengguna tulen untuk menjalani satu lagi penilaian perubatan semata-mata untuk mendapatkan surat perubatan, kata panel itu.

Amap berkata ia telah mencadangkan pendekatan yang disasarkan untuk pensijilan hanya melibatkan skuter mobiliti. Ini adalah untuk meminimumkan kesan terhadap pengguna tulen yang menggunakan kerusi roda manual dan bermotor.

Panel memutuskan untuk tidak menggunakan pengecualian menyeluruh bagi warga emas di atas umur tertentu daripada menyediakan surat perubatan untuk menggunakan alat bantuan mobiliti. Ini kerana ia boleh menggalakkan orang yang sihat untuk kurang berjalan dan sebaliknya menggunakan bantuan mobiliti, kata panel itu.

Penggunaan peranti sedemikian harus tetap berdasarkan keperluan pengguna, tanpa mengira umur, kata Amap seperti yang dipetik akhbar The Straits Times (ST).


Panel itu berkata butiran pelaksanaan akan dimuktamadkan selepas perbincangan lanjut dengan agensi berkaitan jika pemerintah menerima cadangannya.

Mengenai pengurangan had laju untuk semua alat bantuan mobiliti bermotor, Amap menjalankan kajian terhadap bidang kuasa luar negara dan mendapati mereka telah mengenakan had laju yang serupa.​




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >