Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Pelancong didakwa cuba tipu ibu saudara $5,600, buat cerita kononnya diculik

Mar 11, 2024 | 07:16 PM



Gara-gara kalah judi di Singapura, seorang warga China cuba menipu ibu saudaranya di China dengan mengatakan dia telah diculik dan penculiknya meminta wang tebusan sebanyak 30,000 yuan ($5,630).

Pasukan Polis Singapura (SPF) telah dimaklumkan mengenai ‘penculikan’ itu dan dalam tempoh tiga jam, pegawai polis menemui ‘mangsa’, Liu Changjian, 33 tahun, dalam keadaan selamat di kawasan Marina Bay.

Ternyata, Liu telah mengada-adakan penculikan itu dan menyamar sebagai seorang yang tidak dikenali untuk menipu ibu saudaranya bagi mendapatkan kembali kerugian sebanyak $30,000 akibat kalah judi.

Liu dihadapkan ke mahkamah pada 11 Mac dan didakwa atas satu pertuduhan cuba menipu.

Menurut dokumen mahkamah, Liu didakwa cuba menipu ibu saudaranya apabila dia berada di Kasino Marina Bay Sands antara 7 dengan 8 Mac.

Polis, dalam satu kenyataan, berkata Liu masuk ke Singapura pada 1 Mac dan sepatutnya pulang ke China lima hari kemudian, tetapi dia gagal berbuat demikian.

Ibu saudara Lui kemudian menerima mesej teks menerusi wadah pemesejan WeChat.

“Dalam mesej teks tersebut, orang yang tidak dikenali itu memberi gambar dokumen kembara lelaki berkenaan sebagai bukti,” kata polis.

Ibu saudara Liu memaklumkan bapa Liu, yang turut berada di China, yang menghubungi SPF untuk mendapatkan bantuan sejurus sebelum 7 malam pada 9 Mac.

Selepas siasatan, pegawai berupaya mengesan Liu di sekitar kawasan Marina Bay lewat petang itu.

Penyiasat mendedahkan bahawa Liu mempunyai hutang judi antara $20,000 dengan $30,000.

Dalam kenyataan mereka, polis berkata: “Lelaki itu berpura-pura menjadi orang lain dan mengada-adakan cerita kononnya dia diculik. Dia menghantar mesej ugutan kepada ibu saudaranya dengan harapan untuk menerima wang tebusan.

“Bagaimanapun, tiada wang tebusan dibayar kepadanya atau orang lain, dan peranti mudah alihnya dirampas berhubungan kes itu.”

Persidangan praperbicaraan akan diaakan pada 25 Mac.

Pesalah yang disabitkan dengan cubaan menipu boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun atau didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >