Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Lahir hasrat tanding rebut jawatan untuk bersaing dengan SM Tharman

Pengasas Harvey Norman umum mahu bertanding dalam pemilihan Presiden

Jun 12, 2023 | 06:08 PM



Pengasas Harvey Norman, Encik George Goh, berpotensi menjadi pesaing kepada Menteri Kanan, Tharman Shanmugaratnam setelah memutuskan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang yang dijangka berlangsung pada tahun ini.

Keputusan yang diambil oleh Encik Goh itu sekali gus mengakhiri spekulasi ramai setelah beliau pada mulanya tidak mengesahkan mahupun menafikan minatnya dalam pencalonan tersebut sehingga mencetuskan pelbagai tanda tanya seperti yang dinyatakan dalam temu bual eksklusif bersama Berita Harian (BH).


Dalam interviu bersama BH, Encik Goh, 63 tahun, menyatakan beliau pengerusi Ossia International, iaitu peruncit kasut, sukan dan fesyen yang disenaraikan dalam Bursa Singapura dan juga timbalan pengerusi Pertama Holdings Limited.

Selain daripada pencapaian dalam bidang perniagaan, beliau merupakan seorang duta berpengalaman yang dilantik sebagai duta kelana ke Maghribi sejak 2017.

Dalam kenyataan media pada Isnin, Encik Goh menyatakan keputusan untuk bertanding dalam pilihan raya kali ini dibuat pada 2017, setelah syarat kelayakan bagi calon sektor swasta dinaikkan dari syarikat yang mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya $100 juta kepada syarikat yang mempunyai ekuiti saham sekurang-kurangnya $500 juta.

Beliau bimbang dengan syarat yang lebih ketat ini mungkin akan mengakibatkan pilihan raya yang tidak disaingi seperti yang berlaku pada 2017 apabila Presiden Halimah tidak ditandingi.

Encik Goh akan bertanding sebagai calon bebas.

“Beliau tidak mempunyai afiliasi dengan mana-mana parti politik yang terdahulu atau sekarang. Beliau tidak mempunyai bebanan politik. Beliau tidak pernah berkhidmat dalam sektor awam. Beliau adalah seorang usahawan yang mula bekerja pada usia 16 tahun, dan sejak itu telah membina empayar perniagaan yang meliputi 14 negara,” ujar kenyataan dari pasukan Encik Goh.

Pengumuman Encik Goh dibuat setelah Encik Tharman, 66 tahun, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial memaklumkan kepada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada 8 Jun mengenai keputusannya untuk bersara daripada politik dan semua jawatannya dalam pemerintah.

Encik Tharman juga berhasrat untuk meletakkan jawatan daripada Parti Tindakan Rakyat dan merancang berundur pada 7 Julai ini.

Keputusan Encik Tharman untuk bertanding jawatan presiden dibuat seminggu selepas Presiden Halimah Yacob enggan bertanding untuk pemilihan semula. Penggalnya tamat pada 13 September ini. 

Permohonan bagi Pilihan Raya Presiden yang dibuka Selasa akan ditutup permohonannya pada hari kelima selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan. Bakal calon yang ingin bertanding perlu membuat permohonan bagi Sijil Kelayakan serta mengemukakan Pengisytiharan Tergolong Dalam Masyarakat.


Selain daripada pencapaian dalam bidang perniagaan, Encik Goh menyatakan kepada BH bahawa beliau merupakan seorang duta berpengalaman ke Maghribi dan telah meletakkan batu asas yang kukuh dalam menjalin hubungan antara Singapura dengan Maghribi dalam mengukuhkan hubungan dagang antara kededua negara. Beliau juga katanya bertanggungjawab dalam meningkatkan hubungan antara rakyat kededua negara.

Encik Goh bersama isterinya, Cik Lysa, telah menjadi pengasas pertubuhan amal Border Mission Limited pada 2015. Pertubuhan kebajikan itu dibiayai beliau dengan matlamat untuk memberikan bantuan kepada komuniti terpinggir dan miskin di Singapura dan di kawasan Himalaya.

Beliau juga merupakan penasihat kepada Institut Silang Budaya Puan Noor Aishah (PNAICI), dan anggota lembaga Persatuan Seni-Budaya Kreatif Melayu (CMAC).

“PNAICI dan CMAC telah mendekatkan saya dengan masyarakat Melayu. Ini menjadi penyambung kepada hubungan saya semasa di kampung lagi apabila kami hidup bersama dengan masyarakat Melayu, India dan Cina,’‘ ujarnya yang boleh berbahasa Melayu itu.

Pengamat politik, Profesor Madya Eugene Tan, dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU), menyatakan sejak kebelakangan ini Encik Goh dilihat menunjukkan minat ke arah ‘politik’.

Profesor Madya Tan berkata tanpa akses terhadap semua syarikat yang dipimpin oleh Encik Goh, sukar untuk mengetahui sama ada Encik Goh memenuhi syarat kelayakan yang ketat untuk menjadi Presiden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >