Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Permohonan berkebun di 187 plot baru akan dibuka 21 Feb

Feb 20, 2024 | 05:51 PM



Mereka yang inginkan ruang berkebun sendiri dan menanam sayuran dan tumbuhan yang boleh dimakan, berpeluang berbuat demikian di 187 plot berkebun baru di seluruh Singapura.

Lembaga Taman Negara (NParks) berkata dalam satu kenyataan pada 20 Februari bahawa permohonan bagi plot tersebut akan dibuka dari 10 pagi pada 21 Februari hingga tengah malam pada 5 Mac.

Sebahagian besar plot berkebun, iaitu sebanyak 120 plot, terletak di Taman Woodlands Waterfront, dan Taman Sun Plaza di Tampines.

Baki plot berkebun terletak di Kawasan A Taman East Coast, Taman Kolam Air Lower Seletar, Taman Punggol Waterway dan Taman West Coast, lapor akhbar The Straits Times (ST).


Pemohon akan melalui proses permohonan dan pengundian baru yang lebih mudah bagi plot tersebut, menurut NParks.

Pemohon tidak perlu mengisi dan menyerahkan borang dalam talian. Sebaliknya, mereka yang berminat boleh memohon dan mengundi melalui laman web AXS, aplikasi AXS bagi telefon bimbit, atau mesin AXS.

Ini membolehkan pemohon yang berjaya membuat bayaran melalui saluran pembayaran AXS, tanpa perlu membuat pemindahan bank secara manual, menurut NParks.

Pemohon yang tidak berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel dalam masa tiga bulan selepas tarikh tutup, kata NParks.

Di bawah Skim Peruntukan Plot untuk Berkebun yang dilancarkan pada 2016, lebih 2,400 plot berkebun yang diperuntukan, telah diperkenalkan di 28 taman seluruh Singapura.

Sekitar 800 plot berkebun lain, yang terletak di 27 tapak kawasan perumahan awam, diuruskan jawatankuasa penduduk dan rangkaian penduduk.

NParks bekerjasama dengan majlis bandaran, pertubuhan akar umbi dan agensi pemerintah lain dalam usahanya memenuhi minat yang kian meningkat bagi plot berkebun, dan menyediakan lebih banyak ruang berkebun dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >