Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MADRASAH AL-MA’ARIF AL-ISLAMIAH

Pesta Pembelajaran Ma’arif dapat sambutan masyarakat

Oct 13, 2023 | 05:30 AM



Pesta Pembelajaran Ma’arif, atau Ma’arif Learning Journey, pada 18 September lalu, menjadi wadah yang berjaya bagi Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah mempamerkan nilai-nilai murni pembelajaran dan kepelbagaian kegiatan di madrasah itu.


Beberapa sorotan daripada acara tersebut termasuk perkongsian mengenai sukatan pelajaran dan kurikulum madrasah, penerapan pembelajaran holistik, serta persembahan daripada kelab kokurikulum seperti kokurikulum silat (Srikandi Ma’arif) dan Persatuan Bahasa Melayu (Perbayu).

Madrasah Al-Ma’arif yang dibina pada 1936 dan kini terletak di Lorong 39 Geylang, telah melahirkan ramai cendekiawan wanita Islam yang berjaya dan memegang jawatan penting di dalam dan luar negara.

Menurut Pegawai Pengumpulan Dana di Madrasah Al-Ma’arif, Cik Siti Radhiyah Rahmat, kos keseluruhan bagi projek pembaikan dan naik taraf ini dianggarkan sebanyak $2 juta untuk 2021 hingga 2023.

“Sempena acara Pesta Pembelajaran Ma’arif yang juga merupakan wadah untuk mengumpul dana, kami telah menganjurkan pelbagai bengkel bagi pelajar dan juga ibu bapa pelajar.

“Sebagai contoh, bengkel memasak yang menyediakan makanan Jepun, Onigiri, serta bengkel mikroskopik yang dianjurkan oleh Jabatan Sains dan Matematik menunjukkan usaha madrasah dalam menyokong perkembangan pelajar dalam pelbagai bidang.


“Selain itu, ceramah dan panduan keibubapaan turut diadakan oleh Kumpulan Sokongan Ibu Bapa atau PSG kami,” jelas Cik Siti Radhiyah.


Cik Siti Radhiyah turut menjelaskan bahawa acara Pesta Pembelajaran Ma’arif tersebut turut mendapat sokongan luar biasa daripada pengunjung. Dengan lebih daripada 300 pengunjung yang dijangka awalnya, jumlah pengunjung melebihi anggaran, menunjukkan kejayaan acara tersebut.

Acara tersebut juga menjadi platform untuk melibatkan kerjasama keluarga besar Madrasah Al-Ma’arif, dengan tiga tenaga pengajar, Ustazah Nurhanisah Yusoff, Cikgu Fatin Atikah Safril serta Cikgu Nur Khairiah Azan, yang memainkan peranan penting dalam menjalankan acara tersebut.

“Alhamdulillah kami bersyukur kerana acara ini diterima dan disokong orang ramai. Walaupun kami mempunyai tempat yang kecil dan agak terhad, namun dengan pengunjung yang hadir dapatlah mereka melihat madrasah kami ini dengan lebih dekat lagi. Sokongan ibu bapa dan juga alumni sangat memberangsangkan,” tambah Cik Siti Radhiyah.

Sejauh mana Madrasah Al-Ma’arif dapat terus memainkan peranan penting dalam mendidik cendekiawan wanita Islam yang berjaya, serta menjalani projek naik taraf madrasah, akan menjadi penentu kejayaan jangka panjang mereka.

Semoga usaha mereka dalam menyediakan pendidikan yang bermutu dan memperkenal nilai-nilai murni terus mendapat sokongan daripada masyarakat setempat.

SUMBANGAN BOLEH DISALUR MELALUI:


1. PayNow UEN: S36MM0001G, (Ruang rujukan: ).

2. Perbankan Internet: OCBC 507018232001 (Rujukan yang sama seperti di atas).

3. Pungutan dari rumah (minimum $100): WhatsApp ke talian 9182-4766 (nyatakan nama, alamat dan jumlah sumbangan yang ingin diberikan).

4. Datang terus ke pejabat Madrasah Al-Ma’arif: Isnin hingga Jumaat (8 pagi hingga 4.30 petang).

5. Hantarkan cek atas nama ‘Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah’ dan poskan ke alamat No 3 Lorong 39 Geylang Singapura 387865.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >