Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Projek Wahdah anjuran Persatuan Muhammadiyah perlu dana demi ummah

Jan 12, 2024 | 05:30 AM



Bangunan di pusat Persatuan Muhammadiyah akan dinaik taraf demi meneruskan usaha dakwah, kebajikan dan pendidikan melalui Projek Wahdah.

Persatuan Muhammadiyah merupakan sebuah persatuan dakwah yang menegakkan amar maaruf nahi mungkar (mengajak dalam hal kebaikan dan mencegah kemungkaran) sesuai dengan tuntutan Al-Quran dan sunah Rasulullah saw. Usaha dakwah persatuan ini digerakkan dalam bentuk dakwah melalui ucapan, dakwah melalui ilmu, dakwah melalui harta benda serta dakwah melalui jiwa raga.


“Demi meneruskan usaha ini, ia memerlukan sebuah premis yang berfungsi sebagai ruang kerja, tempat ibadat, dan tempat berkumpul untuk ahlinya dan masyarakat Islam bersama-sama dan melakukan kebaikan,” jelas Ustaz Shaik Hussain Shaik Yacob, mantan Presiden Persatuan Muhammadiyah dari 1983 hingga ke 2019.

Menurutnya, pada awal tahun 1980-an, Muhammadiyah mengambil langkah penting ke arah visi ini dengan memulakan pembinaan pusat Muhammadiyah.

Tambahnya: “Atas dasar itu, khususnya dengan semangat anggota Muhammadiyah, kami membuat keputusan dengan menubuhkan pusat Muhammadiyah pada tahun 1983. Pelbagai bentuk kegiatan memungut derma kami jalankan demi memenuhi impian ini.”

Melalui sokongan dan semangat infak yang tidak berbelah bahagi dalam kalangan ahlinya dan masyarakat Islam, impian itu menjadi kenyataan, membawa kepada kejayaan pembinaan pusat Persatuan Muhammadiyah yang terletak di 14 Jalan Selamat.

Selama hampir 40 tahun, bangunan ini menjadi pemangkin kepada pelbagai usaha kebajikan, yang menjiwai semangat kemasyarakatan dan belas kasihan.

Kini, bangunan yang telah melahirkan banyak usaha kebaikan ini perlu diperbaiki dan dinaikkan taraf agar usaha Muhammadiyah dapat terus dipertingkatkan mengikut keperluan zaman.

Inilah sebabnya mengapa Muhammadiyah melaksanakan Projek Wahdah, bertujuan memberikan nafas baru kepada pusat Muhammadiyah dan memastikan peranannya yang berterusan sebagai hab perubahan positif dalam masyarakat.

“Maka dengan itu, saya berharap anggota dan masyarakat dapat menyokong Projek Wahdah dan menyalurkan infak dan derma bagi projek naik taraf ini. Dengan harapan dakwah ke arah menghayati Al-Quran dan sunah Rasulullah saw dapat terus bertahan dan maju,” ujar Ustaz Shaik Hussain penuh harapan.


Bermula 1 Februari 2024, ibu pejabat Persatuan Muhammadiyah akan beroperasi di pejabat sementara di Hexacube, 160 Changi Road, #03-05, Singapura 419728.

Kelas madrasah hujung minggu untuk Kelas Asas Bimbingan Agama (KABA) akan diadakan di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah bermula Januari 2024 ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara menyokong Projek Wahdah dan menyumbang kepada legasi berterusan Pusat Muhammadiyah, lungsuri muhammadiyah.org.sg/wahdah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >