Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID JAMAE CHULIA

Relawan masjid harap lebih ramai belia ‘turun padang’

Masjid masih perlukan dana tampung $1.45 juta kerja naik taraf
Jan 28, 2024 | 05:31 AM



Bagi Encik Mohamed Usman Kaligul Zaman, sejak berusia 18 tahun lagi, beliau telah pun membantu dalam kerja pentadbiran bagi Masjid Jamae Chulia. Ketika itu beliau menjadi pekerja kontrak di masjid tersebut.

Encik Mohamed Usman kini menjadi Befriender, atau Pendamping, masjid. Baginya, tugasan ini memberinya kepuasan selain mengetahui dan mengambil tahu tentang cabaran dan keperluan yang dihadap penduduk yang memerlukan di kawasan berdekatan masjid.


Selain itu, Encik Mohamed Usman, 26 tahun, turut menolong mengagihkan barangan asas keperluan dapur seperti beras, gula, minyak masak dan keperluan makanan lain, setiap bulan.

“Sejak 2018 saya sudahpun berjinak-jinak menjadi relawan Masjid Jamae Chulia. Saya bermula dengan bekerja secara kontrak di masjid ini dan terus ‘jatuh hati’ dengan keindahan, persekitaran serta suasana di masjid ini sehingga hari ini. Walaupun kini sudah bertugas secara sepenuh masa, saya akan tetap meluangkan masa, membantu dalam pengagihan dan turut mengikuti lawatan ke rumah-rumah keluarga berpendapatan rendah ini.

“Secara am, menjadi relawan masjid ini menjadikan diri saya lebih empati, mudah tersentuh dan ingin terus membantu mereka yang memerlukan dengan lebih baik lagi. Saya juga teruja kerana setiap kali ke masjid dan bertemu teman-teman lain, kami akan bersama menyokong dan membantu ummah, mengikut kemampuan kami,” jelas Encik Mohamed Usman yang merupakan Jurutera Integrasi Proses bersama syarikat berbilang negara ini.

INGIN LIHAT RELAWAN MUDA

Encik Mohamed Usman memberitahu Berita Harian (BH), beliau mengharapkan lebih ramai lagi anak muda tampil dan membantu masjid-masjid di sini. Bagi beliau, rata-rata relawan tegar masjid merupakan warga yang telah berusia dan bersara.


Namun, apa yang mereka inginkan adalah daya kreativiti dan tenaga anak muda yang tangkas dan mampu mencurah bakti kepada masjid, khususnya dalam alaf digital ini.

“Saya berharap dapat melihat lebih ramai belia ke masjid, serta membantu kami dalam kegiatan sukarela dan menghasilkan idea-idea kreatif. Selain itu, belia ini juga boleh membantu masyarakat Islam setempat. Saya juga ingin melihat masjid boleh dijadikan sebagai ruang yang selamat untuk sesiapa sahaja, selain menjadi tempat beribadah,” kata Encik Mohamed Usman, yang belum berumah tangga.

KERJA PENINGKATAN BARU

Katanya lagi, seperti jemaah lain, beliau juga amat berpuas hati dengan kerja peningkatan yang dijalankan di Masjid Jamae Chulia baru-baru ini.

Antara perubahan yang telah dijalankan pihak masjid adalah pemasangan alat penyaman udara, tanjakan untuk kemudahan jemaah berkerusi roda, pembinaan bilik darjah yang boleh diubah dengan pintu boleh dilipat, pemasangan jubin dan permaidani baru.

“Perubahan ketara ialah pemasangan alat penyaman udara ini. Terdahulu, dewan solat lelaki dan wanita hanya dipasang dengan beberapa kipas angin sahaja. Ada kalanya, dewan solat boleh menjadi panas dan berbahang ketika ramai jemaah yang hadir.

“Namun begitu, keadaan telah berubah. Jemaah kini boleh beribadah dengan tenang, dan keadaan di masjid kini menjadi lebih kondusif bukan hanya untuk jemaah, namun untuk pelajar-pelajar madrasah mingguan di sini juga.

“Masjid juga telah membina bilik darjah yang menarik untuk pelajar madrasah, dengan bilik ini boleh diubah dan menjadi dewan yang besar jika tidak digunakan”, kata Encik Mohamed Umar.

PERLU SOKONGAN RAMAI

Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, berkata, secara keseluruhannya masjid memerlukan $3 juta untuk membiayai kerja peningkatan ini. Namun, setakat ini lebih separuh daripada jumlah ini yang dapat dikumpulkan. Beliau juga mengharapkan sokongan yang berterusan agar misi mencapai jumlah yang dikehendaki akan segera tercapai.

“Pihak masjid masih lagi memerlukan sokongan ramai dan kami masih lagi memerlukan $1.45 juta dana untuk kerja naik taraf ini. Setakat ini, $1.55 juta dapat kami kumpulkan. Derma dan projek wakaf akan tetap diteruskan, dan orang ramai yang berhajat ingin menderma, boleh menghubungi pihak masjid atau boleh melakukannya terus dalam talian,” ujar Encik Rasheed Zaman.

Selain itu, Masjid Jamae Chulia juga turut menawarkan jualan kupon amal – nasi beriani berharga $20 dan martabak $10 setiap satu, turut disediakan untuk orang ramai. Nasi beriani amal ini disajikan oleh restoran Taj Authentic Indian Cuisine, manakala martabak dihidangkan dari Victory Restoran.

SUMBANGAN IKHLAS


Sumbangan ikhlas kepada Masjid Jamae Chulia boleh dilakukan dengan:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

2. Hantarkan cek atas nama ‘Masjid Jamae Chulia’ dan diposkan ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

3. Derma langsung di pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApps talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid.

4. Imbas QR kod yang disediakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >