Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID HASANAH

Tawar 200 tempahan korban kambing dari Australia

Lebihan daging korban disalur kepada penerima fidyah dan jemaah yang memerlukan
May 26, 2023 | 05:31 AM



MASJID Hasanah merupakan antara 52 masjid setempat yang menawarkan khidmat korban di luar negara sempena musim korban pada bulan Zulhijah tahun 2023 ini.

Kambing korban ini akan disembelih di Australia dan dagingnya bakal dibekukan sebelum diterbangkan dan diagihkan kepada mereka yang memilih melaksanakan ibadah sohibul korban tersebut.


Menurut Pengerusi Masjid Hasanah, Encik Amir Mohammed Ali, Masjid Hasanah juga akan memberikan lebihan daging korban kepada penerima fidyah dan juga jemaah yang memerlukan di kawasan Teban Gardens dan Pandan.

Harga seekor kambing yang ditawarkan ialah $380.

Ibadah korban yang melibatkan penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah bertujuan mendekatkan umat Islam kepada Allah swt.


“Melakukan ibadah korban merupakan antara amalan yang digalakkan umat Islam padabulan Zulhijah, bulan terakhir dalam kalendar Takwim Hijrah, supaya kita dapat meraih pahala daripada Allah swt. Ibadah korban ini juga membuat sambutan Hari Raya Aidiladha lebih bermakna. Malah, sambutan Hari Raya Aidiladha lebih meriah sekitar 20 tahun lalu apabila Masjid Hasanah menganjurkan projek ibadah korban secara fizikal, dengan kambing korban disembelih di masjid tersebut,” jelas Encik Amir.


Bagi Pegawai Kanan Dakwah Masjid Hasanah, Ustaz Muhammad Syahid Mohamed Saleh, yang pernah menjadi sukarelawan belia pada waktu itu, sekitar 20 tahun lalu, berkata bahawa beliau bersama warga kerja serta sukarelawan masjid lain berpeluang menyaksikan sendiri proses penyembelihan dilakukan.

Kata Ustaz Muhammad Syahid:

“Sehari atau dua hari sebelum penyembelihan kambing korban dilakukan, saya beserta sukarelawan akan bergilir-gilir menjaga dan memberi makan kepada haiwan korban sebelum haiwan tersebut disembelih pada Hari Raya Aidiladha. Saya telah meraih pelbagai pengalaman semasa ibadah korban dijalankan secara fizikal di Masjid Hasanah dan ia merupakan satu kenangan nostalgia.”

Bagaimanapun, beliau berserta pihak Masjid Hasanah berharap dapat menerima 200 tempahan pada tahun ini, dengan hasil kutipan daripada ibadah korban akan disalurkan kepada Dana Naik Taraf Masjid Hasanah bagi membolehkan masjid ini menjalankan kerja naik taraf yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Kata Encik Amir:

“Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah dihulurkan oleh jemaah yang telah bersama kami untuk membantu dalam Projek Naik Taraf Masjid Hasanah”.

Selain menjalankan ibadah korban, umat Islam digalakkan berpuasa pada 9 Zulhijjah sempena Hari Arafah, di mana Nabi Muhammad saw bersabda, ‘Bagi sesiapa yang berpuasa pada Hari Arafah, maka pahala puasanya akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang’. (Hadis Riwayat Muslim)


Seandainya anda tidak boleh berpuasa pada Hari Arafah disebabkan keuzuran akibat usia yang kian meningkat atau kesihatan, anda digalakkan agar bersedekah.

Sabda Rasulullah saw:


“Sesiapa yang memberi juadah buka kepada orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang puasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Pihak Masjid Hasanah juga menggalakkan jemaah supaya melaksanakan amalan bersedekah dengan memberi makanan kepada orang yang berpuasa untuk meraih pahala yang sama bagi orang yang berpuasa. Lantaran itu, Masjid Hasanah telah membuka ruang untuk jemaah berbuka puasa pada malam Hari Raya Aidiladha (28 Jun ini) bersamaan 9 Zulhijah 1444H.

“Selain itu, kami juga mengalu-alukan jemaah agar sama-sama membeli Kupon Nasi Briyani amal yang akan diagihkan pada 28 Jun ini untuk memberi peluang kepada jemaah sama-sama meraihkan pahala dengan memberi makanan kepada orang yang berpuasa,” kata Encik Amir.

Penjualan Kupon Nasi Amal Hasanah akan diadakan pada awal pertengahan Jun 2023 dan juga boleh didapatkan di kaunter Masjid Hasanah.

Dalam pada itu, Encik Amir berkata:

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah dihulurkan oleh jemaah yang telah bersama kami untuk membantu di dalam Projek Naik Taraf Masjid Hasanah.”

Cara menyumbang kepada dana Masjid Hasanah:


1. Paynow ke UEN: S70MQ0042B.

2. Pemindahan ke dalam akaun bank OCBC 591-070164-001.

Isikan di ruang rujukan dengan “wakaf” atau “Infak”. Jika anda inginkan resit, sila isikan borang di www.linktr.ee/hasanahmosque.

3. Melalui cek atas nama “LPM Hasanah”.

Poskan ke alamat Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road, Singapura 608878.

Tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek yang dikirimkan.

Jika ada pertanyaan, sila hubungi pejabat Masjid Hasanah di talian: 6561-7990, Isnin hingga Jumaat: 9 pagi hingga 5 petang; Sabtu dan Ahad: 9 pagi hingga 1 tengah hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >