Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID HASANAH

Tiga masjid bersatu kumpul dana

Dec 29, 2023 | 05:30 AM



Tiga masjid setempat – Masjid Ahmad, Masjid Hang Jebat dan Masjid Hussain Sulaiman – memulakan langkah pertama dengan bersatu bagi mengadakan sebuah projek untuk membantu pengutipan dana naik taraf masjid yang memerlukan di kawasan daerah barat.

Projek yang dilakar kali ini ialah acara Futsal Charity Shield yang diadakan pada 10 Disember 2023, bermula 9.30 pagi di Premier Pitch Turf City.

Acara ini dimeriahkan dengan kehadiran tetamu terhormat, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Masjid 3-Serangkai ini juga bekerjasama dengan Masjid Daerah Barat, Jamiyah Darul Islah dan Pusat Biro Narkotik (CNB) yang telah sama-sama menyokong dan menjayakan projek tersebut.

Naib Pengerusi Masjid Hussain Sulaiman, Encik Abdul Rahman Zainol, berkata:

“Matlamat acara ini diadakan ialah mewujudkan kesedaran tentang kempen Dadah itu Haram, selain menyokong dan bekerjasama sebagai satu sektor masjid dan agensi lain, dan menggalakkan gaya hidup sihat serta mengumpul dana untuk projek menaik taraf masjid.”

Salah seorang peserta belia, daripada pasukan belia Masjid Hasanah, pasukan pemenang yang menyertai acara futsal tersebut, Zaid Mohd Iskandar, 16 tahun, berkata:

“Kami berasa teruja melihat belia lain membentuk dan bermain untuk pasukan masing-masing, terutama sekali belia Masjid Hasanah.”

Encik Abdul Rahman juga berkongsi usaha mengadakan acara futsal yang telah mendapat sambutan baik, dan hasil kutipan daripada acara futsal anjuran Masjid 3-Serangkai ini telah mencapai $12,000 dan ia berjaya diberikan kepada Projek Naik Taraf Masjid Hasanah.

Encik Abdul Rahman juga mengambil kesempatan dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengerusi Masjid Ahmad dan Masjid Hang Jebat, Jamiyah Darul Islah, Pusat Biro Narkotik (CNB), para belia, ahli pentadbir masjid, warga kerja daripada Masjid 3-Serangkai dan Masjid Hasanah dan juga sukarelawan mereka yang telah bertungkus lumus membantu menjayakan acara ini.

“Saya menggalakkan orang ramai dan masih mengalu-alukan sokongan dan sumbangan daripada pembaca agar terus menyokong usaha murni Masjid Hasanah untuk memastikan sumbangan yang diberikan akan dapat memberikan keselesaan kepada jemaah masjid yang datang untuk beribadah,” kata Encik Abdul Rahman dan turut menggalakkan masyarakat Islam agar terus menyokong usaha pihak masjid agar dapat memakmurkan masjid-masjid di Singapura ini.

HULUR SUMBANGAN


Cara menghulur sumbangan melalui:

1. PayNow ke UEN: S70MQ0042B.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 591-070164-001. Isikan ‘wakaf ‘ di ruang ‘rujukan’. Jika anda inginkan resit, sila isi borang di www.linktr.ee/hasanahmosque

3. Melalui cek atas nama LPM Hasanah dan poskan ke alamat Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road, Singapura 608878. Tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek.

4. Untuk pertanyaan, sila hubungi pejabat Masjid Hasanah di talian 6561-7990, Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang, Sabtu dan Ahad dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >