Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Wanita dituduh tipu dalam kes jual tiket konsert Taylor Swift dalam talian

Mar 12, 2024 | 05:30 PM



Seorang wanita dituduh menipu pada 12 Mac kerana menawarkan tiket konsert Taylor Swift dalam talian tetapi tidak dapat dihubungi selepas menerima bayaran.

Warga Singapura, Foo Mei Qi, 29 tahun, didakwa menipu seorang wanita untuk memindahkan $350 pada 13 September 2023, menurut dokumen mahkamah.

Foo dikatakan memperdaya wanita itu kononnya dia mempunyai tiket untuk dijual ke konsert bintang pop Amerika itu pada 2 Mac.

Dia dipercayai mempunyai kaitan dengan kes serupa lain yang melibatkan kerugian lebih $24,000.

Polis berkata pada 11 Mac bahawa antara 3 dengan 7 Mac, pegawainya menerima laporan daripada beberapa orang yang didakwa ditipu oleh seorang netizen yang menjual tiket konsert Taylor Swift di pasaran dalam talian Carousell.

Apabila menerima bayaran melalui PayNow atau pindahan wang melalui bank, wanita itu gagal menghantar tiket konsert dan tidak dapat dihubungi, tambah polis.

Pegawai daripada Bahagian Polis Ang Mo Kio mengenal pasti identiti wanita itu dan menahannya pada 11 Mac.

Kes Foo telah ditangguhkan kepada 19 Mac.

Jika sabit kesalahan menipu, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda.

Foo adalah salah seorang daripada beberapa orang yang ditangkap atas dakwaan kesalahan yang dikaitkan dengan konsert tersebut.

Tiga lelaki ditahan kerana didakwa membantu empat yang lain menyelinap ke acara itu pada 4 Mac tanpa tiket.

Yang Chenguang, 29 tahun, dan Li Xiao Wei, 45 tahun, kedua-duanya warga China, didakwa pada 6 Mac kerana dituduh membantu tiga penceroboh.

Yang dituduh bercakap dengan seorang pengawal keselamatan di pintu masuk Hab Sukan Singapura untuk menimbulkan gangguan.

Sementara itu, Li didakwa berpegang pada pintu putar untuk membenarkan Shangguan Linmo, Hu Zhijun dan Yang Junhao masuk, lapor The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >