Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

1 dari 4 kanak-kanak Iraq dalam kemiskinan, 4 juta perlu bantuan dek perang lawan ISIS

Feb 11, 2018 | 05:40 PM



BAGHDAD:   Satu daripada empat kanak-kanak Iraq berada dalam kemiskinan dan empat juta daripada mereka memerlukan bantuan akibat perang negara itu menentang  kumpulan militan ISIS,  kata agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada  Ahad (11 Feb).



 PBB telah mengesahkan 150 serangan ke atas kemudahan pendidikan dan 50 serangan terhadap pusat kesihatan dan kakitangan sejak 2014, kata Dana Kanak-Kanak PBB (Unicef) dalam satu kenyataan.



Separuh  sekolah di Iraq memerlukan pembaikan dan lebih tiga  juta kanak-kanak  mengalami gangguan pendidikan, katanya.



Iraq mengisytiharkan kemenangan ke atas ISIS pada  Disember lalu, setelah menawan  semula   semua wilayah yang dirampas  oleh militan pada 2014 dan 2015, dan sedang mencari pelaburan asing dalam pengangkutan, tenaga dan pertanian berjumlah AS$100 bilion ($132.93 bilion) sebagai sebahagian rancangan pembangunan   semula   negara itu dan pemulihan  ekonominya.



Kuwait akan menganjurkan satu persidangan antarabangsa mengenai pembinaan semula Iraq pada 12-14 Februari.



“Kanak-kanak adalah masa depan Iraq,” kata Encik Geert Cappelaere, pengarah daerah bagi   Timur Tengah dan Afrika Utara Unicef.



“Persidangan Kuwait bagi  Iraq minggu ini adalah peluang bagi  pemimpin dunia  menunjukkan bahawa kita  sanggup melabur dalam kanak-kanak – dan melalui pelaburan dalam  kanak-kanak, kita  bersedia melabur dalam membina semula sebuah Iraq yang stabil,” katanya.



Amerika Syarikat, yang mengetuai satu gabungan antarabangsa yang menyediakan Iraq  sokongan udara utama dalam memerangi ISIS, tidak merancang  menyumbang sembarang wang pada persidangan Kuwait itu, kata pegawai Amerika  dan Barat. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >