Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

10 banduan maut dalam cubaan larikan diri dari penjara Manila

Aug 12, 2016 | 10:38 AM



MANILA: Sekurang-kurangnya 10 banduan di sebuah penjara di bandar Paranaque, di selatan Manila, terbunuh pada Khamis (11 Ogos) malam dalam apa dikatakan penyiasat sebagai percubaan melarikan diri yang gagal.



Laporan awal berkata lapan orang terbunuh berikutan letupan bom tangan pada kira-kira 8.30 malam dalam pejabat warden, Superintenden Gerals Bantag.



Dua lagi - kedua-duanya warga China - meninggal dunia di hospital, menurut Mayor Paranaque, Encik Erwin Olivarez.



Superinteden Bantag mengalami luka serpihan.



Para banduan penjara itu mahu berbincang dengan beliau mengenai rancangan memindahkan mereka apabila keadaan menjadi buruk.



The Philippine Daily Inquirer melaporkan mereka mungkin menggunakan pertemuan dengan warden itu sebagai helah untuk melepaskan diri.



Ketua Polis Paranaque, Superintenden Kanan Jose Carumba, berkata 10 banduan terbunuh dalam pejabat Superintenden Bantag apabila mereka mula mengeluarkan senjata api, pisau dan bom tangan.



Beliau berkata banduan itu dan Superintenden Bantag saling menembak dan kemudian seseorang melemparkan bom tangan.



Tidak segera jelas bagaimana banduan tersebut dapat menyeludup senjata sebanyak itu, atau apakah Superintenden Bantag sendirian di pejabatnya.



Superintenden Kanan Carumba berkata para banduan itu mungkin merancang menjadikan Superintenden Bantag tebusan.



Kejadian itu disampaikan kepada Presiden Rodrigo Duterte sedang beliau mengakhiri satu sidang media di bandar kelahirannya, Davao. Beliau enggan mengulas.



Hanya beberapa jam sebelum itu, seorang suspek dalang dadah ditembak mati oleh polis di dalam sebuah penjara di wilayah Leyte, 900km selatan Manila.



Pengarah polis serantau, Ketua Superintenden Elmer Beltejar, berkata Edgar Allen Alvarez ditembak apabila dia cuba meletupkan bom tangan semasa sel penjaranya diperiksa.



Alvarez antara banduan yang dipindahkan dari Penjara Negara di Manils selepas terdedah bahawa dia menikmati layanan istimewa di sana, termasuk sel berhawa dingin, jakuzi, dan akses kepada telefon bimbit dan komputer riba yang disambung kepada Internet.



Dia dikatakan menjalankan operasi dadah dari dalam penjara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >