SEOUL: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan lebih 100 lain cedera bila sebuah auditorium runtuh di pusat peranginan bandar Gyeongju, Korea Selatan, malam tadi.
Sekitar 450 pelajar dipercayai berada di bangunan terbabit bagi menghadiri program orientasi apabila bumbung auditorium itu runtuh pada 9.15 malam (waktu tempatan).
Pegawai polis berkata sekurang-kurangnya 12 pelajar yang terperangkap di bawah puing bangunan itu telah berjaya diselamatkan beberapa jam kemudian.
Bumbung itu dipercayai runtuh ekoran tidak kuat menampung timbunan salji lebat yang turun. - AFP.