Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

10 terkorban dalam nahas bot karam dekat Johor

Jan 24, 2017 | 10:23 AM



KUALA LUMPUR - Sepuluh orang terkorban dan kira-kira 30 hilang selepas bot yang dipercayai membawa pendatang tanpa izin Indonesia karam di laut bergelora dekat Johor, kata para pegawai pada Isnin (23 Jan).



Mayat enam wanita dan empat lelaki terdampar di pantai berhampiran Mersing awal Isnin, kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.



"Kami percaya terdapat kira-kira 40 warga Indonesia di atas bot dan kami percaya mereka adalah pendatang tanpa izin," kata seorang jurucakap agensi.



Bot itu sedang dalam perjalanan dari Indonesia ke Malaysia apabila ia karam.



Dua penumpang berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital, tetapi keadaan mereka tidak diketahui. Usaha mencari penumpang yang hilang masih diusahakan.



Agensi itu berkata, bot itu mungkin tenggelam kerana sarat dan dan dilanda laut bergelora.



Terdapat siri kemalangan di laluan laut antara Indonesia dan Malaysia melibatkan bot yang sarat membawa buruh mencari kerja di kilang dan ladang Malaysia.



November lalu, lebih separuh daripada 101 penumpang bot terkorban selepas bot mereka melanggar terumbu dan karam dekat Batam.



Empat bulan sebelum itu, sebuat bot karam dalam perjalanan ke Batam dengan lapan terkorban dan 34 orang diselamatkan.



Pada Januari tahun lepas, polis Malaysia menemui 17 mayat selepas bot membawa pendatang haram karam di laut lepas. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >