Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

100 pendatang haram dikhuatiri maut lepas bot mereka pecah semasa ke Italy

Mar 01, 2023 | 05:30 AM



ROM: Sekitar 100 pendatang asing tanpa izin (Pati) termasuk 12 kanak-kanak dikhuatiri maut selepas bot dinaiki mereka pecah dipukul ombak semasa dalam perjalanan ke Crotone, Italy, minggu lalu.



Difahamkan, bot membawa 200 penumpang itu merangkumi warga Afghanistan, Pakistan, Somalia, Syria, Iraq dan Iran.



Mayat mangsa ditemui terdampar di pantai pusat peranginan tepi laut berdekatan wilayah Calabria.



Pengawal pantai berkata 80 orang ditemui masih hidup manakala selebihnya dikhuatiri maut atau mati lemas dalam tragedi itu.



Media Italy, Sky TG24, melaporkan sekurang-kurangnya tiga mangsa yang terselamat kini ditahan kerana disyaki membantu melakukan pelayaran haram dari Izmir, Turkey, termasuk seorang yang ditahan atas dakwaan pemerdagangan manusia.



Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan, Encik Shehbaz Sharif, berkata lebih 24 warga Pakistan dipercayai antara mereka yang lemas dan meminta diplomat supaya mengesahkan laporan itu secepat mungkin.



Jurucakap Kementerian Luar Pakistan, Cik Mumtaz Zahra, berkata mereka meminta butiran daripada pihak berkuasa Italy.



Bagaimanapun, Kementerian Luar Afghanistan tidak menjawab sebarang soalan yang diberikan.



Turkey adalah sebahagian daripada laluan yang paling banyak digunakan oleh penyeludup manusia untuk menyeludup pelarian atau penghijrah ke Eropah.



Kadang-kadang mereka dibawa melalui jalan darat, berjalan kaki berbatu-batu, sebelum ditahan dan dikurung dalam kontena selama berhari-hari.



Ketika bantuan dan gerakan pemindahan diteruskan, sekumpulan mangsa yang terselamat daripada bot karam dilihat meratapi kehilangan orang tersayang mereka.



Di pusat penerimaan sementara di bandar Isola di Capo Rizzuto, ada antara mereka yang menangis, ada yang hanya merenung dalam kekosongan sambil dibaluti selimut.



Wakil badan amal, Médecins Sans Frontières (MSF), Encik Sergio Di Dato, berkata mereka yang terselamat kini mengalami trauma.



"Sesetengah kanak-kanak dilaporkan kehilangan seluruh ahli keluarga mereka. Kami menawarkan semua sokongan yang kami mampu," katanya.



Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dari Afghanistan kehilangan kakaknya yang berusia 28 tahun.



Dia kini tidak berdaya untuk memberitahu ibu bapanya mengenai kehilangan kakaknya itu.



Seorang lelaki berusia 43 tahun dari Afghanistan terselamat bersama anak lelakinya berusia 14 tahun, tetapi isteri dan tiga lagi anaknya, yang berusia 13 tahun, sembilan tahun dan lima tahun, tidak berjaya diselamatkan.



Seorang lagi wanita Afghanistan yang menangis ketika diselamatkan tidak berganjak dari pantai selepas kehilangan suaminya.



Dua kapal Pengawal Pantai meneruskan pencarian di perairan luar pesisir dari utara hingga selatan Steccato di Cutro, pada Selasa manakala helikopter meninjau kawasan pantai bersama kenderaan di darat.



Pegawai pemerintah bomba wilayah, Encik Roberto Fasano, berkata pihaknya tidak yakin masih ada yang terselamat dalam tragedi itu kerana keadaan laut yang bergelora, namun masih menaruh harapan keajaiban mungkin berlaku. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >