Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

11 dijangkiti virus Mers di Jeddah

Apr 09, 2014 | 05:15 PM



ABU DHABI (Reuters) - Seramai 11 orang dilaporkan dijangkiti virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) di Jeddah, termasuk kakitangan hospital.


Menurut Agensi Akhbar Saudi, dua pesakit telah meninggal dunia, enam sudah pun sembuh manakala tiga yang lain sedang menjalani rawatan.


Jabatan kecemasan Hospital King Fahd di Jeddah telah ditutup bagi menjalani disinfeksi selepas seorang pekerja kesihatan di situ didapati positif bagi jangkitan virus berkenaan.


Manakala ujian selanjutnya bagi kakitangan lain juga didapati hasil yang sama.


Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, beberapa pesakit telah dipindahkan ke hospital-hospital lain ketika disinfeksi dijalankan.


Seorang jururawat di Hospital King Abdel Aziz sebelum ini juga dijangkiti virus Mers itu, tetapi pekerja lain di hopsital itu bebas daripada jangkitan tersebut.


Pihak berkuasa Arab Saudi telah memberi jaminan kepada orang ramai tiada hospital lain di Jeddah dilaporkan menghadapi kes-kes Mers.


Ia juga menafikan khabar angin dua lagi terkorban akibatnya.


Mers muncul di Timur Tengah pada 2012 dan merupakan penyakit yang digolongkan sama seperti Sars.


Ia boleh menyebabkan batuk, demam panas dan pneumonia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >