JAKARTA: Pasukan operasi mencari dan menyelamat yang dibantu oleh Tentera Nasional Indonesia dan anggota polis masih belum menemukan 11 orang yang dipercayai tertimbus ketika melombong emas di daerah Merangin, Jambi, di Sumatera, kelmarin.
Mereka yang dipercayai melombong secara terlarang itu dikatakan tertimbus akibat runtuhan tanah lumpur dalam hujan lebat.