Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

1/2 juta rakyat Iraq tinggalkan Mosul sehelai sepinggang

Apr 18, 2017 | 8:46 AM
MENYAYAT HATI: Seorang wanita bersama anaknya dalam kepiluan semasa disambut saudara mara pada 11 April lalu, setelah suami dan anak-anak lelakinya mati dibunuh oleh kumpulan pengganas Negara Islam (IS), sewaktu mereka cuba melarikan diri dari kediaman mereka di kejiranan Sekak di barat Mosul. Keupayaan wanita itu dan anaknya untuk keluar dari kawasan yang ditadbir IS itu diselia oleh pasukan perangi terorisme Iraq (CTS), yang berusaha menawan semula bandar itu daripada IS. - Foto AFP
MENYAYAT HATI: Seorang wanita bersama anaknya dalam kepiluan semasa disambut saudara mara pada 11 April lalu, setelah suami dan anak-anak lelakinya mati dibunuh oleh kumpulan pengganas Negara Islam (IS), sewaktu mereka cuba melarikan diri dari kediaman mereka di kejiranan Sekak di barat Mosul. Keupayaan wanita itu dan anaknya untuk keluar dari kawasan yang ditadbir IS itu diselia oleh pasukan perangi terorisme Iraq (CTS), yang berusaha menawan semula bandar itu daripada IS. - Foto AFP -

BAGHDAD (Iraq): Peperangan di bandar utara Iraq telah menyebabkan kira-kira setengah juta penduduk meninggalkan kediaman mereka di bandar itu, sejak tentera Iraq melancarkan operasi membebaskan Mosul daripada cengkaman militan genap enam bulan lalu.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam kenyataan mereka semalam, tentera Iraq telah memulakan operasi ketenteraan terbesar pada 17 Oktober tahun lalu dan berjaya menawan bahagian timur bandar Mosul pada Januari lalu.

Bagaimanapun, satu serangan yang dilancarkan bulan berikutnya di Mosul, di barat Sungai Tigris, telah menyebabkan peningkatan mendadak penduduk yang perlu berpindah.

Penyelaras kemanusiaan PBB di Iraq, Cik Lisa Grande berkata, jumlah orang awam yang masih melarikan diri dari Mosul begitu tinggi.

"Senario terburuk kami ialah apabila pertempuran bermula yang mungkin menyebabkan hampir sejuta orang awam melarikan diri dari Mosul.

"Pada masa ini, lebih 493,000 telah melarikan diri dengan sehelai sepinggang," katanya.

Tentera Iraq mencapai kejayaan besar di barat Mosul dalam tempoh dua bulan lalu namun pertempuran paling sukar mungkin menanti dengan militan Daesh berlindung di Bandar Lama - kawasan yang penuh risiko.

PBB menganggarkan setengah juta orang awam masih berada dalam kawasan yang dikawal Daesh di barat Mosul. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg