Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

12 maut, lebih 44 cedera dalam serangan di universiti di Afghanistan

Aug 25, 2016 | 03:24 PM



KABUL: Seramai 12 orang, termasuk tujuh pelajar, terbunuh dalam satu serangan di Universiti Amerika di Kabul, yang membuat beratus-ratus pelajar melarikan diri dalam keadaan panik, kata polis pada Khamis (25 Ogos), sebelum serangan itu berakhir apabila dua lelaki bersenjata ditembak mati.



Tujuh pelajar, tiga polis dan dua pengawal keselamatan terbunuh dalam serangan yang bermula pada petang Rabu dengan letupan besar dan tembakan itu. Encik Fraidoon Obaidi, ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kabul, berkata 44 orang cedera, termasuk 35 pelajar.



Polis berkata sebelum itu, mereka selamatkan kira-kira 500 pelajar. Tidak jelas apakah warga asing antara yang cedera.



Tembakan sekali-sekala kedengaran sepanjang malam dan sebelum subuh, kata polis, sambil menambah operasi telah selesai.



"Pertempuran sudah berakhir dan sekurang-kurangnya dua penyerang terbunuh," kata seorang pegawai polis di tempat kejadian.



"Buat masa ini operasi pembersihan sedang dijalankan oleh pasukan teknik jenayah. Maklumat lanjut akan diumum tidak lama lagi."



Pasukan keselamatan Afghanistan memeriksa universiti itu pada awal pagi Khamis, mencari lelaki bersenjata.



ASerangan pada kira-kira 6.30 petang waktu tempatan (10 malam waktu Singapura) pada Rabu itu bermula dengan satu letupan besar yang para pegawai berkata adalah bom kereta.



Ia diikuti oleh tembakan, sedang suspek militan berusaha masuk ke kompleks di mana kakitangan asing dan berpuluh-puluh pelajar berada.



Pasukan elit Afghanistan mengepung halaman universiti itu yang berpagar dan akhirnya masuk ke dalam, menurut seorang pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri. Jurucakap kementerian itu, Encik Sediq Sediqqi, berkata lewat kelmarin bahawa dua lelaki bersenjata bersembunyi di dalam.



Pada awal pagi Khamis, Ketua Polis Kabul, Encik Abdul Rahman Rahimi, berkata kawasan itu sudah tenang dan pasukan keselamatan sedang berusaha mencari sembarang penyerang yang mungkin ada.



Penasihat tentera Amerika Syarikat dikatakan membantu pasukan Afghanistan bertindak balas kepada serangan itu.



"Sebilangan kecil penasihat daripada misi Resolute Support kini membantu pasukan Afghanistan sedang mereka bertindak balas," kata seorang pegawai pertahanan Amerika dengan syarat namanya tidak disiar.



Setakat ini tiada kumpulan militan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.



Pihak pengurusan universiti itu, yang dibuka pada 2006 dan mempunyai lebih 1,700 pelajar, tidak segera dapat dihubungi untuk diminta mengulas. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >