Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

12 negara meterai Perkongsian Rentas Pasifik ditengah-tengah bantahan

Feb 04, 2016 | 10:49 AM



AUCKLAND: Perkongsian Rentas Pasifik (TPP) yang diketuai Amerika Syarikat, salah satu perjanjian perdagangan terbesar dalam sejarah, ditandatangani di New Zealand pada Khamis (4 Feb) oleh semua 12 negara anggota di tengah-tengah bantahan kuat.


Sedang Perdana Menteri New Zealand, Encik John Key, dan Wakil Perdagangan Amerika, Encik Michael Froman, memimpin majlis itu di Pusat Konvensyen Sky City Auckland, penunjuk perasaan menyekat jalan-jalan di luar.


Perjanjian itu ditandatangani oleh Australia, Brunei, Canada, Chile, Japan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, Amerika dan Vietnam.


Pakatan bercita-cita tinggi itu bertujuan menghapuskan halangan perdagangan dan pelaburan antara 12 negara itu, yang membentuk kira-kira 40 peratus ekonomi global.


Presiden Barack Obama dari Amerika segera memuji perjanjian itu, sambil berkata TPP akan memberi Amerika kelebihan berbanding ekonomi utama lain, iaitu China.


"TPP membolehkan Amerika - dan bukan negara seperti China - menulis peraturan laluan di abad ke-21, yang amat penting di rantau yang dinamik seperti Asia Pasifik," kata beliau dalam satu kenyataan dari Washington.


Bagaimanapun, penunjuk perasaan berhujah ia akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan dan memberi kesan terhadap kedaulatan di negeri-negeri Asia Pasifik.


Walaupun majlis itu menandakan berakhirnya proses rundingan, negara anggota masih mempunyai dua tahun untuk memastikan perjanjian tersebut diluluskan di negara masing-masing sebelum ia berkuat kuasakan


"Kami menggalak semua negara melengkapkan proses pengesahan domestik mereka secepat mungkin," kata Encik Key.


"TPP akan menyediakan akses lebih baik bagi barangan dan perkhidmatan kepada lebih 800 juta orang di seluruh negara TPP, yang membentuk 36 peratus daripada hasil dalam negeri kasar (GDP) global."


Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perdagangan) Lim Hng Kiang, yang berada di majlis itu, memuji perjanjian tersebut sebagai "peristiwa penting bagi liberalisasi perdagangan serantau".


"Penandatangan TPP terdiri daripada hampir 40 peratus daripada perdagangan dunia, dan menyumbang lebih 30 peratus daripada jumlah dagangan Singapura.


"Peraturan perdagangan baru dan dikemas kini di bawah TPP akan menjamin pelabur dan perniagaan Singapura pasaran serantau yang lebih terbuka, pasti dan telus," kata Encik Lim dalam satu kenyataan.


Encik Key berkata negara lain telah memberi isyarat minat menyertai TPP.


Encik Froman pula memberi amaran bahawa sebarang kelewatan dalam mengesahkan perjanjian itu akan membawa padah.


Kumpulan yang menentang TPP melahirkan kebimbangan mengenai kerahsiaan rundingannya dijalankan, potensi ia menjejas potensi kedaulatan sesebuah negara dan berkata ia memihak lebih pada Amerika.


New Zealand bertindak sebagai pemegang deposit TPP, dengan mengambil tanggungjawab fungsi pentadbirannya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >