12 orang ditahan berkaitan serangan bunuh diri di Bursa, Turkey

ISTANBUL: Pihak berkuasa Turkey menahan 12 orang berhubung satu serangan bom bunuh diri di bandar barat laut Bursa yang mencederakan lapan orang, lapor penyiar NTV dan CNN Turk pada Khamis (28 April).

Sebahagian daripada 12 orang itu ditahan di luar Bursa dan dibawa ke wilayah tersebut untuk disoal siasat di ibu pejabat polis tempatan, kata CNN Turk.

Tidak terdapat maklumat lain.

Pegawai masih belum mengesahkan dalang serangan itu, di mana lapan orang cedera apabila seorang pengebom bunuh diri wanita meletupkan dirinya berhampiran masjid utama di Bursa pada Rabu.

Serangan itu adalah pengeboman bunuh diri kelima di pusat bandar utama Turkey tahun ini. Dua serangan di Istanbul, bandar terbesar di Turkey, dipersalahkan ke atas kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS). Kumpulan militan Kurdish mendakwa melakukan dua serangan di ibu negara Ankara.

Serangan di Bursa itu berlaku sehari selepas Amerika Syarikat memberi amaran kepada rakyatnya di Turkey mengenai suspek ancaman pengganas di kawasan pelancongan. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.