Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

12 pelanggan mati ditanam bomoh 'duit'

Apr 08, 2023 | 08:48 PM



JAWA TENGAH: Polis Banjarnegara di Jawa Tengah, Indonesia, menahan seorang bomoh yang menawarkan khidmat pengganda duit selepas lelaki itu didakwa membunuh 12 orang pelanggannya.



Sejak minggu lalu, polis telah menggali mayat mangsa bomoh tersebut, Slamet Tohari, 45 tahun yang ditanam di dalam hutan di luar kediamannya di Balun, daerah Wanayasa.



Penahanan itu dibuat susulan laporan keluarga mangsa lelaki terakhirnya, iaitu Paryanto, 53, yang berasal dari Sukabumi di Jawa Barat.



Ketua Polis Banjarnegara, Hendri Yulianto berkata, Paryanto datang bagi mendapatkan khidmat Slamet pada Julai lalu dan memberinya sejumlah Rp 70 juta ($6,200).



“Suspek mendakwa sebagai bomoh mampu melipat gandakan wang mangsa Rp 70 juta menjadi Rp 5 bilion ," kata Hendri ketika sidang media pada Isnin.



Setelah berbulan-bulan menunggu tanpa hasil, Paryanto telah meminta Slamet memulangkan wangnya dan bomoh berkenaan bersetuju mengadakan pertemuan di sebuah penginapan di Banjarnegara pada 23 Mac lalu.



Sejurus selepas bertemu dengan Slamet, mangsa menghantar mesej kepada keluarganya dan memberikan alamat Slamet.



Dalam pesanan tersebut, Paryanto memberitahu keluarganya supaya datang ke rumah tersebut bersama polis sekiranya tidak mendengar khabar daripadanya selepas tiga hari.



Pada 27 Mac lalu, keluarga mangsa membuat laporan kepada polis tempatan apabila mendapati Paryanto sudah meninggal dunia dengan mayatnya dikebumikan berhampiran laluan menghala ke hutan Wanayasa.



Hendri berkata, Slamet mengaku membunuh Paryanto dan mangsa lain dengan memberi mereka minuman yang dicemari kalium sianida. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >