HONG KONG: Seramai 12 orang diselamatkan daripada kereta luncur kecepatan tinggi atau ‘roller coaster’ di Disneyland Hong Kong selepas alat permainanan itu tiba-tiba berhenti berfungsi pada petang 7 Februari.
Menurut polis dan pasukan bomba, mereka telah mengerahkan berpuluh-puluh anggota ke lokasi bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kejadian tersebut dan dilaporkan mereka ‘tergantung’ sekitar satu jam.
Polis dan perkhidmatan bomba telah menerima panggilan bagi mendapatkan bantuan sekitar 3.16 petang apabila Disney Hyperspace Mountain yang para pengunjung naiki tidak semena-mena berhenti.
Tiada kecederaan dilaporkan berlaku dan tiada asap atau kebakaran dikesan di tempat kejadian, kata jurucakap polis.
Penumpang telah dikeluarkan daripada ‘roller coaster’ itu sekitar 4.16 petang, kata seorang pegawai bomba yang terlibat dalam kerja-kerja menyelamat di tempat kejadian.
Kira-kira 40 anggota bomba telah dikerahkan ke Disneyland Hong Kong, yang terletak berhampiran lapangan terbang antarabangsa Hong Kong, kata pegawai tersebut.
Pihak pengurusan taman permainan itu tidak segera memberi komen ketika diminta mengulas mengenai insiden itu.
Syarikat BYD China baru-baru ini melancarkan versi terkini teknologi hibrid pemalam atau ‘plug-in’ yang meningkatkan penjimatan bahan api dan kos, memperhebatkan persaingan dengan Toyota dan
Anda seorang ibu yang tinggal di rumah (SAHM) dan mahu kembali ke alam pekerjaan? Membayangkan langkah menuju ke alam yang sudah lama ditinggalkan atau belum sempat mencuba, boleh menimbulkan rasa
Sering kita dengar masa skrin yang lama dan tidak terbatas membawa kesan padah kepada kanak-kanak.
Tetapi tahukah anda bahawa masa skrin ibu bapa juga mempunyai kesan terhadap pembangunan anak?
Pendig
Wanita yang mempunyai sejarah keluarga dengan barah harus menjalani ujian DNA tanpa mengira usia untuk melihat jika mereka mempunyai gen kanser keturunan yang bermutasi, yang meningkatkan risiko
Sepanjang meniti perjalanan sebagai anak seni selama 17 tahun, pelakon kelahiran Kuala Lumpur, Muhammad Syafie Naswip, sering diberi watak dengan bebanan emosi yang mampu merentap tangkai hati
Dengan sinaran mentari yang kerap terik, adalah penting menggunakan krim pelindung matahari dan pelindung suria bagi membantu menjaga kulit agar selamat dan sihat.
Bahkan ramai yang tidak menyedari
Supertree Grove di Gardens by the Bay akan diubah menjadi karnival yang menampilkan beberapa kegiatan dan watak berdasarkan francais filem animasi, Inside Out 2.
Kegiatan utama dipanggil, Kaleidoscope
Walaupun sibuk menjalankan tugasnya sebagai konsultan hartanah, Cik Rosney (yang meminta nama penuhnya tidak didedahkan) tetap rajin membuat pemeriksaan kesihatan hampir setiap tahun dengan keputusan
Cukup saya fahami betapa liatnya nak membuat janji temu pemeriksaan kesihatan, biarpun, dalam hal seperti saya, kosnya ditanggung oleh majikan.
Prosesnya juga bukan menyeronokkan... tekan sana, tekan
Sebagai seorang pereka grafik bergerak dan pelukis tempatan, Ian Sufian Hamdan, 28 tahun, memahami cabaran yang dihadapi penggiat seni muda tempatan yang cuba meraih kejayaan komersial.
Lantas, apabila

Permainan Hyperspace Mountain digambarkan di laman web Disney sebagai meroket ke dalam pertempuran Star Wars. Ciri utama permainan itu termasuklah pengalaman tiba-tiba terperuk ke bawah dan terjerumus ke dalam kegelapan.
Ia sepatutnya ditutup untuk penyelenggaraan rutin dan pemeriksaan, dari 26 Februari hingga 1 Mac ini mengikut notis di laman web Hong Kong Disneyland. – Reuters.