RAKYAT Indonesia yang bekerja di luar negara memberi sumbangan besar kepada kesejahteraan keluarga mereka di Indonesia dan ekonomi negara secara keseluruhannya, menurut laporan Pekerja Global Indonesia: Mengimbangi Peluang dan Risiko yang diterbitkan oleh Bank Dunia November lalu.
Lebih sembilan juta rakyat Indonesia bekerja di luar negeri, termasuk di Singapura, Malaysia dan Hong Kong, iaitu hampir tujuh peratus daripada tenaga kerja negara itu.