14 jemaah umrah Palestin maut selepas bas mereka terbalik

AMMAN: Seramai 14 jemaah umrah warga Palestin terkorban manakala 36 lagi cedera selepas bas yang mereka naiki terbalik di selatan Jordan, berdekatan sempadan Arab Saudi, semalam.

Pegawai pertahanan awam Jordan berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas pemandu bas tersebut gagal mengawal kenderaan berkenaan, lapor mStar Online hari ini.

Dipercayai jumlah kematian bakal meningkat kerana terdapat penumpang yang mengalami kecederaan parah.

Kumpulan tersebut adalah jemaah umrah dari Palestin yang dalam perjalanan ke Arab Saudi.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 55
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.