Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KES BUNUH DI JB

14 suspek ditahan, termasuk tujuh diberkas di S'pura

Dec 23, 2017 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan berhubung kes bunuh kejam di stesen minyak di Johor Baru Ahad lalu membawa jumlah keseluruhan yang ditangkap kepada 14 orang.



Ini didedahkan Ketua jabatan siasatan jenayah Malaysia, Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam satu sidang media semalam.



Awal sebelum itu, Polis Malaysia telah menahan 11 orang lagi, termasuk tujuh yang diberkas dengan bantuan polis Singapura.



Ketua Polis Johor, Datuk Khalil Kader Mohd, berkata tujuh suspek - empat lelaki dan tiga wanita - diberkas di Singapura pada Rabu lalu, manakala empat lagi lelaki ditahan semasa operasi khas di Johor pada 12 malam kelmarin.



 Suspek berusia antara 16 tahun dengan 26 tahun.



"Ya, kami telah menahan lebih ramai suspek yang kami percaya boleh membantu dalam penyiasatan kami," kata Datuk Khalil kepada The Straits Times.



Dalam satu kenyataan, beliau berkata polis juga sedang menjejaki beberapa individu lain.



 Menjawab pertanyaan media, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan kelmarin bahawa pihaknya menerima permintaan bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes pembunuhan itu.



"SPF telah menahan sejumlah tujuh suspek warga Malaysia berusia antara 19 tahun dengan 23 tahun dan mereka telah diserahkan kepada polis Malaysia kelmarin.



"Tidak sesuai bagi kami memberi komen lanjut kerana siasatan oleh PDRM masih diteruskan,'' kata SPF.



Dua tangkapan pertama oleh polis Malaysia melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita dibuat pada Rabu - tiga hari selepas kejadian pembunuhan kejam itu.



 Datuk Khalil enggan mengulas ketika ditanya sama ada lelaki dalam kumpulan suspek pertama yang ditahan itu adalah salah seorang penyerang kejadian berkenaan.



"Sesungguhnya apabila kita menahan seseorang, kita tahu bahawa dia dapat membantu siasatan kita... Dalam kes ini... kita tidak menolak kemungkinan, sama ada mereka mempunyai penglibatan secara langsung atau tidak langsung.



"Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut,'' tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >