Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

14 syarikat dipilih rebut projek Kereta Api Laju S'pura-M'sia

Lebih 220 pertanyaan diterima; 98 syarikat kemuka hujah bertulis
Dec 15, 2015 | 12:18 PM



KUALA LUMPUR: Sejumlah 14 syarikat telah dijemput oleh pegawai-pegawai dari Malaysia dan Singapura untuk membentangkan pandangan secara terperinci mengenai projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, projek ini sudah sampai ke tahap di mana terdapat "banyak minat dan kepentingan" ditunjukkan.


Beliau mendedahkan bahawa suruhanjaya itu menerima lebih daripada 220 pertanyaan ketika peringkat permintaan maklumat (RFI).


"Sebanyak 98 buah syarikat membuat penghujahan bertulis mengemukakan idea mereka bagaimana projek itu perlu dilaksanakan. Kami menjemput 14 syarikat untuk memberi pandangan yang mendalam secara peribadi," kata Tan Sri Syed Hamid semasa simposium Keretapi Berkelajuan Tinggi China di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.


Beliau berkata, temuduga juga dijalankan oleh SPAD dan Penguasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA).


Pembangunan Pengangkutan Berorientasi - yang mencampurkan kawasan perumahan dan komersil direka untuk memaksimumkan akses kepada pengangkutan awam akan dilaksanakan di sepanjang laluan HSR, kata Tan Sri Syed Hamid.


"Saya percaya projek HSR akan mengubah landskap pengangkutan dan akan membawa manfaat sosial ekonomi jangka panjang kepada Malaysia dan Singapura," katanya.


Tan Sri Syed Hamid juga mengucapkan tahniah kepada China Railway Corporation, salah satu daripada 14 syarikat yang disenarai pendek, yang telah mengambil inisiatif untuk menjalankan simposium itu.


"China bukan sahaja telah menunjukkan minat tetapi juga menunjukkan mereka berharap untuk memenangi bidaan tersebut. Ini adalah sesuatu yang kita boleh katakan tentang syarikat-syarikat Cina," katanya.


Tan Sri Syed Hamid menambah, China telah banyak menyumbang dalam industri pengangkutan di Malaysia.


"Sekarang kita mempunyai trek dari Kuala Lumpur hingga ke Sg Besar, semuanya menggunakan gerabak dari China. Kini LRT kita akan juga akan menggunakan gerabak daripada syarikat-syarikat Cina," katanya.


Beliau menambah bahawa China juga telah berjanji untuk bekerjasama dengan Akademi SPAD untuk menyemak semula modul dan kurikulum bagi meningkatkan kemahiran ahli-ahlinya.


Tan Sri Syed Hamid selanjutnya berkata, Malaysia dijangka membelanjakan RM160 bilion ($52 bilion) dalam projek-projek keretapi termasuk laluan MRT, sambungan laluan LRT dan juga landasan berkembar dan elektrifikasi KTM.


China dan Jepun bersaing antara satu sama lain bagi projek-projek pembinaan HSR di seluruh dunia dan telah menunjukkan minat dalam projek itu di sini. - mStar Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >