Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

15 orang terbunuh ekoran serbuan di tempat sembunyi militan di Sri Lanka

Apr 27, 2019 | 04:28 PM



COLOMBO: Sekurang-kurangnya 15 orang, termasuk enam kanak-kanak, terbunuh apabila pengebom bunuh diri meletupkan diri mereka tatkala dikepung pasukan keselamatan di bahagian timur Sri Lanka, menurut polis hari ini (27 April).



Pasukan keselamatan Sri Lanka berbalas-balas tembakan dengan militan yang disyaki mempunyai kaitan dengan ISIS dan membunuh sekurang-kurangnya empat daripada mereka di bahagian timur negara itu.



Individu yang bersenjata mula menembak anggota pasukan keselamatan yang cuba menyerbu sebuah rumah di Kalmunai, kata jurucakap tentera Sumith Atapattu.



“Semasa membalas tembakan, dua individu yang bersenjata itu terbunuh,” katanya.



Polis kemudian mengesahkan bahawa seramai empat suspek pengebom bunuh diri terbunuh dalam operasi itu.



Operasi bersama yang dijalankan polis dan tentera itu dijalankan selepas pihak berkuasa mendapat maklumat bahawa mereka yang bertanggungjawab bagi serangan pada Hari Easter baru-baru ini sedang bersembunyi di Kalmunai, sekitar 370 kilometer dari ibu kota. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >