KAHIRAH: Kira-kira 15,000 rakyat Mesir pulang ke tanah air mereka dengan menyeberang sempadan di Sallum, berikutan pergolakan memuncak di Libya selepas militan yang menamakan kumpulan mereka Negara Islam (IS) membunuh 21 penganut Kristian Koptik.
Minggu lalu, jet pejuang Mesir dan Libya menyasarkan lokasi militan IS di Libya selepas kumpulan militan itu menyiarkan video bertarikh 15 Februari menunjukkan kepala penganut Kristian, 20 daripada mereka rakyat Mesir, dipenggal.