Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

153 warga China terlibat tipu cinta di Internet diusir dari Batam

Sep 21, 2023 | 02:51 PM



BATAM: ‘Bermain cinta’ semata-mata untuk memperdaya dan menipu mangsa yang kehilangan wang tidak sedikit jumlahnya.


Kegiatan melibatkan warga China yang beroperasi di Batam itu akhirnya terbongkar, bak kata pepatah ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga’.

Pihak berkuasa Indonesia bertindak tegas dengan mengusir 153 warga China yang terlibat dalam penipuan cinta tidak bersemi di Batam.

Mereka mengambil tindakan pada Rabu dengan kerjasama agensi penguatkuasaan undang-undang China.

Suspek dihantar pulang dengan menggunakan tiga pesawat sewa dari Batam.

Mengesahkan hal itu, Ketua Bahagian Perhubungan Antarabangsa Polis Negara Indonesia, Inspektor Jeneral Krishna Murti, menyatakan kegiatan warga China itu terbongkar menyusuli tindakan tegas baru-baru ini terhadap kumpulan penipuan cinta.

Menurut beliau, sejak sebulan lalu beberapa siri operasi dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa China yang menyaksikan 133 suspek diberkas di Batam dan pulau-pulau berdekatan.

Selain itu, 20 suspek ditahan di bandar Singkawang, Kalimantan Barat, kata Inspektor Jeneral Murti.

“Kami menghantar pulang suspek untuk menghadapi tindakan undang-undang di negara asal mereka,” ujar beliau.

Mereka yang terlibat dalam penipuan cinta lazimnya menggunakan identiti palsu di platform media sosial untuk mendapatkan kepercayaan sebelum memperdaya mangsa memindahkan wang yang tidak sedikit jumlahnya.

Selepas kononnya menjalin cinta dan menipu mangsa, suspek tidak lagi dapat dihubungi dan menyebabkan mangsa mengigit jari.

Jurucakap Polis Wilayah Kepulauan Riau, Encik Zahwani Pandra Arsyad, sebelum ini dipetik sebagai menyatakan sebahagian daripada warga China itu menjalankan kegiatan di rumah kedai di dalam bangunan komersial dan kediaman bercampur di taman perindustrian.

Kebanyakan mangsa mereka adalah warga China.

Polis percaya sindiket yang telah beroperasi sejak awal tahun ini, menjerat ratusan mangsa di China, tetapi tidak jelas berapa banyak wang yang mereka telah kaup.

Menurut Leftenan Jeneral Murti, tiga pesawat yang dikendalikan oleh China Southern Airlines tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim di Batam bagi menghantar kesemua 153 warga China itu.

Beliau berkata proses pengusiran itu dijalankan di bawah langkah keselamatan dan pengawasan ketat oleh pegawai penguatkuasa undang-undang China.

Kira-kira 300 kakitangan dari China dikerahkan untuk memastikan keselamatan orang yang dihantar pulang semasa penerbangan tersebut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >