Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

16 maut apabila dua kereta api Karachi bertembung

Nov 03, 2016 | 02:38 PM



ISLAMABAD: Dua kereta api bertembung di Karachi, Pakistan, pada Khamis (3 Nov), membunuh sekurang-kurangnya 16 orang, kata polis.



Ia kemalangan kereta api besar kedua di negara itu dalam masa kurang dua bulan.



Rakaman televisyen menunjukkan gerabak remuk dan terbalik, dan media melaporkan pasukan penyelamat berusaha membebaskan orang terperangkap dalam bangkai.



Lalu lintas kereta api antara Karachi, bandar terbesar Pakistan, dan kawasan lain negara itu digantung selepas perlanggaran dekat Stesen Kereta Api Landi itu, lapor saluran berita televisyen.



"Angka kematian 16 hingga sekarang," kata seorang pegawai kanan polis, Encik Javen Akbar Riaz.



Sekurang-kurangnya 40 orang cedera dan dibawa ke Hospital Jinnah Karachi, kata Dr Seemin Jamali, ketua Jabatan Kecemasan.



Kemalangan itu berlaku antara kereta api Zakaria Express dan Fareed Express, lapor media.



Pada September, sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 93 cedera apabila sebuah kereta api ekspres bertembung dengan sebuah kereta api barang berhampiran bandar Multan di wilayah Punjab. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >