17 maut, lebih 300 cedera dalam letupan di China

Beijing: Satu siri letupan menggegarkan bandar Tianjin di utara China lewat semalam, membunuh 17 orang dan mencederakan lebih 300, menurut para pegawai dan media pemerintah.

Punca letupan belum diketahui.

Letupan pertama berlaku di gudang sebuah syarikat logistik di kawasan pelabuhan, menurut polis Tianjin.

Gudang di Kawasan Baru Binhai itu menyimpan "barang-barang berbahaya dan kimia", menurut agensi berita Xinhua.

Ia disusuli beberapa letupan lain.

Media China melaporkan 17 orang terbunuh dan antara 315 hingga lebih 400 cedera, 32 daripada mereka parah.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.