Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

18 askar Filipina maut dalam pertempuran dengan militan Abu Sayyaf

Apr 11, 2016 | 08:22 AM



MANILA: Satu serangan tentera terhadap kumpulan Abu Sayyaf yang dikaitkan dengan kumpulan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) berakhir dengan 18 askar dan lima militan mati dalam keganasan paling teruk di selatan Filipina tahun ini.



Leftenan-Kolonel Benedicto Manquiquis, jurucakap tentera Infantri Divisyen 1, berkata pertempuran sengit bermula pada 7.55 pagi Sabtu lalu selepas askar divisyen itu menemui lebih 100 pejuang Abu Sayyaf di bandar Tipo Tipo ddi pulau Basilan, 1,400 kilometer ke selatan Manila.



Pertempuran itu berlangsung kira-kira 10 jam dan dalam jarak dekat, "hanya 10 meter", menurut Mejar Filemon Tan, jurucakap Ketumbukan Barat Mindanao dan Leftenan-Kolonel Noel Detoyato, ketua pejabat maklumat awam tentera.



"Ia kawasan yang sesuai dengan militan itu tetapi tentera kami berjuang dengan berani," ujar Lef-Kol Detoyatonya, lapor akhbar The Straits Times pada Isnin (11 Apr).



Mejar Tan berkata salah seorang militan yang terbunuh ialah Mohammad Khattab dari Maghribi, yang dilaporkan adalah seorang instruktor membuat bom dan pendakwah pelampau.



Turut dilaporkan terbunuh ialah Ubaida Hapilon, dikatakan anak Isnilon Hapilon, Abu Sayyaf Basilan.



Mejar Tan berkata 53 askar cedera. Mereka diterbangkan ke hospital di bandar Zamboanga di pulau utama Mindanao berhampiran Basilan.



Sekurang-kurangnya 20 pejuang Abu Sayyaf cedera, termasuk seorang pemimpin kumpulan kecil, Radzmil Jannatul, katanya.



Askar-askar itu memburu militan Abu Sayyaf di seluruh Basilan dan di pulau Jolo yang berdekatan sejak dua minggu lalu, dengan harapan membebaskan 18 warga asing yang ditahan kumpulan itu.



Antara yang ditahan ialah dua warga Canada, Robert Hall, 50 tahuh, dan John Ridsdel, 68 tahun, dan warga Norway Kjartan Sekkingstad, 56 tahun. Abu Sayyaf mengancam akan memenggal kepala mereka jika wang tebusan tidak dibayar selewat-lewatnya Jumaat lalu.



Tidak ada sebarang maklumat mengenai nasib tebusan itu.



Pertempuran tersebut tercetus sehari selepas seorang paderi bersara dari Italy, Encik Rolando del Torchio, yang ditawan Abu Sayyaf enam bulan, ditemui di atas sebuah feri berlabuh di Jolo. Kira-kira 130 juta peso ($3.8 juta) dilaporkan dibayar bagi pembebasannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >