Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

19 maut, puluhan cedera dalam serangan pisau di Jepun

Jul 26, 2016 | 09:56 AM



TOKYO: Seramai 19 orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera selepas serangan oleh seorang lelaki bersenjata pisau di sebuah kemudahan bagi orang kurang upaya di Jepun pada awal pagi Selasa (26 Julai), lapor penyiar kebangsaan NHK.



Polis di Sagamihara, wilayah Kanagawa, kira-kira 40km ke barat daya Tokyo, telah menangkap Satoshi Uematsu, seorang bekas pekerja berusia 26 tahun, menurut laporan.



Kakitangan menghubungi polis pada 2.30 pagi waktu tempatan (1.30 pagi waktu Singapura) dengan laporan bahawa seorang lelaki bersenjata pisau berada di kemudahan Tsukui Yamayuri-En itu.



Kemudahan tiga hektar itu, yang ditubuhkan kerajaan tempatan dan terletak di tebing hutan Sungai Sagami, menjaga orang dengan pelbagai ketidakupayaan, lapor NHK, yang memetik seorang pekerja tidak dikenali.



Laporan media berkata lelaki itu tidak mempunyai pisau apabila dia menyerah diri di balai polis berhampiran.



Akhbar Asahi Shimbun memetik polis sebagai berkata dia memekik "Saya hendak menghilangkan orang kurang upaya dari dunia ini."



Polis berkata mereka masih menyiasat motif serangan tersebut.



"Doktor mengesahkan kematian 19 orang," kata seorang pegawai jabatan bomba tempatan. Terdapat kekeliruan mengenai bilangan cedera, dengan laporan menyatakan antara 20 dan 45 orang.



Pembunuhan beramai-ramai seperti itu jarang berlaku di Jepun.



Pada 2001, lapan kanak-kanak ditikam di sekolah mereka di Osaka oleh seorang bekas pekerja pembersihan.



Pada 2008 pula, tujuh orang meninggal dunia 2008 apabila seorang lelaki memandu trak ke arah orang ramai dan mula menikam orang di Akihabara, sebuah daerah di Tokyo yang popular dengan elektronik dan 'anime'.



Ahli kultus kiamat membunuh 12 orang dan membuat beribu-ribu sakit pada 1995 dalam serangan serentak menggunakan gas sarin saraf di lima kereta api bawah tanah Tokyo pada waktu sibuk. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >