Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

1MDB akan bayar hutang $2.1b dalam tiga minggu ini

Mar 31, 2016 | 07:30 AM



KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan kerajaan Malaysia yang menghadapi pelbagai siasatan kewangan berkata ia akan membayar balik RM6 bilion ($2.1 bilion) pada minggu-minggu akan datang kerana jualan aset memberinya ruang mengurangkan hutangnya.



1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan mempunyai sembarang hutang jangka pendek dan pinjaman bank lagi selepas pembayaran balik itu, kata presidennya, Encik Arul Kanda, dalam satu wawancara pada Rabu (30 Mac).



Ia akan mempunyai lebihan wang tunai sekurang-kurangnya RM2.3 bilion selepas menyelesaikan hutang tersebut, katanya.



"Semua hutang jangka pendek, semua hutang bank akan dibayar balik" dalam tempoh tiga minggu akan datang, kata Encik Kanda, seorang peguam terlatih yang mengetuai syarikat itu sejak Januari tahun lepas.



1MDB mengumumkan minggu lalu ia telah melunas pinjaman berjangka bersindiket RM700 juta.



Syarikat milik negara itu, yang lembaga penasihatnya diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sedang disiasat di Malaysia dan negara seperti Singapura dan Switzerland di tengah-tengah dakwaan penyelewengan kewangan.



Syarikat itu secara konsisten menafikan salah laku.



Ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 2009 untuk membina infrastruktur menggunakan wang pinjaman, 1MDB mula menghadapi masalah aliran tunai pada 2014 selepas tawaran awam permulaan yang dirancang unit tenaganya, Edra Tenaga Global, menghadapi kelewatan di tengah-tengah pasaran tidak menguntungkan.



1MDB berhutang RM42 bilion pada Mac 2014.



Setelah hampir gagal membayar pinjamannya, 1MDB mengumumkan tahun lalu ia akan menjual banyak perniagaannya kepada syarikat lain.



Ia telah menjual Edra kepada China General Nuclear Power Corp pada harga RM9.83 bilion.



Penjualan aset dan perjanjian lain 1MDB akan melihat hutangnya berkurangan kira-kira RM40.4 bilion, kata Datuk Seri Najib pada akhir tahun lalu.



Syarikat itu berkata ia tidak akan membuat sembarang pelaburan baru atau menjalankan projek sebaik sahaja ia menamatkan beberapa perjanjian sedia ada. - Bloomberg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >